CADANGAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dua tahun lalu mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional jadi antara isu hangat dalam perhimpunan agung sayap pergerakan UMNO pada Rabu.
Kedudukan Akta Hasutan disentuh dengan agak panjang lebar oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasar masing-masing.
Tumpuan sekarang ialah apakah jawapan yang akan diberikan oleh Najib terhadap apa yang telah mereka bangkitkan itu dalam ucapan dasarnya hari ini sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO.
Kalau tidak dalam ucapan dasarnya hari ini, orang menunggu ucapan penggulungannya pada Sabtu nanti.
Kedudukan Akta Hasutan itu tidak hanya dibangkitkan oleh Khairy dan Shahrizat. Pada Selasa malam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan tiga sayap pergerakan itu.
"Bagi saya, akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan," kata Muhyiddin.
Beliau menyebut bagaimana Akta Hasutan bukan satu undang-undang yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu tetapi juga memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.
Nada Muhyiddin itu disambut oleh Khairy. Dalam ucapannya, Khairy mengimbau sejarah awal pembentukan negara dan tolak ansur orang Melayu dalam soal kerakyatan dan pendidikan vernakular.
Khairy menyentuh tentang janji yang yang diikat oleh orang Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu.
Beliau menekankan tentang betapa bukan bumiputera "tetap warganegara, tetap rakyat negara kita" dan betapa negara ini adalah milik bersama ― "negara saya, negara anda, negara kita bersama."
Beliau bercakap tentang pentingnya menjunjung janji itu dan sama-sama mempertahankan keharmonian negara.
Akta Hasutan itu, kata Khairy, baik dikekalkan atau ditambahbaik, tidak akan memberi apa-apa makna kalau orang tidak faham bagaimana seharusnya kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa.
Beliau mahu akta itu kekal kerana katanya, ia perisai yang akan melindungi bukan saja orang Melayu tetapi anak semua bangsa yang berikrar taat setia kepada negara ini.
Shahrizat dalam ucapannya juga menyuarakan hujah yang serupa. Beliau menyebut tentang kontrak sosial yang dibuat oleh para bapa pendiri bangsa.
Shahrizat dengan tegas mengumumkan pendirian sayap pergerakan itu ― kekalkan Akta Hasutan.
Beliau juga mengumumkan kempen mengumpulkan sejuta tandatangan bagi menggesa kerajaan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan "demi keselamatan, keamanan dan perpaduan tanah air".
Wanita UMNO katanya, tidak mahu Akta Keharmonian Nasional jadi ganti kepada Akta Hasutan. Akta Hasutan itu mesti kekal tetapi boleh ditambahbaik.
"Suara akar umbi yang selama ini istiqamah dan sabar telah menyatakan rasa hatinya. Dengarlah suara hati ini," katanya.
Kenyataan Shahrizat itu diulang oleh beberapa wakil negeri yang membahaskan ucapannya itu. Beberapa pemimpin Wanita UMNO yang ditemui di luar persidangan perhimpunan agung pada Rabu turut menyatakan sokongan yang sama.
Keresahan ahli-ahli UMNO tentang cadangan memansuhkan Akta Hasutan itu dijangka akan terus bergema di Dewan Merdeka, PWTC sepanjang tiga hari perhimpunan agung ini.
Suara bantahan terhadap hasrat memansuhkan Akta Hasutan ini juga lantang dilaungkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebelum ini.
NGO yang semakin kuat menyuarakan isi hati orang Melayu itu malah memberi kata dua: kekalkan akta tersebut atau ia menarik balik sokongan terhadap UMNO.
Najib akan muncul di pentas menyampaikan ucapan dasarnya hari ini. Ucapannya itu diberikan perhatian oleh banyak pihak ― sekurang-kurangnya atas isu Akta Hasutan.
Awal September lepas, dalam satu ucapan semasa merasmikan satu mesyuarat UMNO Bahagian di Kedah, Najib mengulangi pendiriannya mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Apakah beliau akan mempertahankan pendirian itu sekali lagi? Kalau itu yang akan beliau katakan dalam ucapannya nanti, Najib tentunya akan menjelaskan kepada perwakilan UMNO ― dengan sejelas-jelasnya ― bagaimana Akta Keharmonian Nasional dapat menjawab semua keresahan yang sudah disuarakan oleh pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan para perwakilan yang mewakili suara di akar umbi.
Atau apakah Najib akan patah balik daripada pengumumannya pada 11 Julai 2012?
Ada empat pandangan yang sudah dirakamkan oleh pelbagai pihak mengenai Akta Hasutan itu: pertama, kekalkan dengan sedikit pindaan; kedua, hapuskan sama sekali; ketiga, ganti Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional; dan keempat, perkenalkan Akta Keharmonian Nasional tetapi kekalkan juga Akta Hasutan.
Ada empat jalan, jalan mana satu yang akan jadi pilihan?
Isyarat itu akan ternampak daripada ucapan Najib ― kalau tidak hari ini, pada Sabtu nanti.
Noor Azam Shairi
Thu Nov 27 2014

Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi perhatian selepas desakan pemimpin kanan UMNO supaya Akta Hasutan dikekalkan. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.

Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.

Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.

Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.

Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.

Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.