PERMATANG PAUH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didakwa terlibat dalam kes rasuah.
Anwar berkata selama tujuh bulan diberikan amanah untuk mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya.
"Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa)," katanya ketika berucap pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, dekat sini.
Pada masa yang sama, Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.
"Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.
"Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam)...kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu)," kata Anwar.
Perdana Menteri menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan mahupun bekas menteri sekiranya mereka terlibat dalam kes rasuah.
Menurutnya, dalam perkara itu semua badan penguat kuasa seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani dalam kes rasuah.
Anwar berkata komitmennya untuk membanteras amalan rasuah diterima baik dan tidak pernah dibantah oleh setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan, ini termasuk segala perancangan untuk setiap pembangunan di negara ini.
"Dalam kerajaan ada UMNO, Barisan Nasional, DAP, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) belum pernah saya dapat sekalipun apa-apa bantahan daripada mereka, sama ada untuk pembangunan umat Islam, tata kelola dan banteras rasuah.
"Saya dengar bantahan dari luar sahaja...tidak hadapi masalah sebab kita melakukan perbincangan...Maka berilah peluang kita mentadbir negara ini kerana ia hampir rosak.
"Siapa jadi menteri dan semua kaya-raya itu, kena tukar," kata Anwar.
Perdana Menteri turut menegaskan akan terus mempertahankan prinsip membanteras rasuah serta penyelewengan walaupun menerima pelbagai ugutan.
"Macam-macam ugutan saya terima. "Geng kaya-raya berpakat...Penyakau besar bilion ringgit berpakat (ingin menjatuhkan beliau), tetapi saya lawan tetap lawan untuk mempertahankan prinsip ini," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita, Anwar berkata kehadirannya ke Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu sekadar lawatan untuk bermesra bersama penduduk setempat dan bukannya memperoleh keyakinan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Tiada perkiraan mengenai matlamat (pilihan raya negeri). Tugas saya hanya untuk kembali ke sini kerana mereka begitu setia dan baik kepada saya selama ini," katanya.
Terdahulu beliau turut menghadiri Kenduri Qurban anjuran pihak ahli jawatankuasa Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu serta menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023

Anwar berkata selama tujuh bulan diberikan amanah untuk mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya. - Gambar/ Bernama

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).