Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP dan Amanah sekitar 11 malam Ahad.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dimanakah lokasi pertempuan itu diadakan.

Datuk Seri Anwar sebelum itu dilihat berada di kediamannya di Bukit Segambut dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Beberapa pemimpin PKR dilihat mengadakan pertemuan bersama Presiden itu sejak petang Ahad.

Pertemuan itu difahamkan berkait rapat dengan perkembangan terbaharu politik tanah air.

Pada Ahad, dilaporkan berlangsung lima mesyuarat parti politik yang sekali gus mencetuskan spekulasi kepada perubahan kepimpinan.