SHAH ALAM : Pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk Selangor akan diselesaikan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua gabungan parti.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan diutarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk diputuskan.
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, selain Selangor terdapat sejumlah kerusi yang bilangannya adalah kecil di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu juga perlu dimuktamadkan di peringkat kepimpinan tertinggi.
"Saya percaya ia akan diangkat di antara Presiden PKR dan Presiden UMNO untuk diputuskan sebab perbincangan antara BN dan PH (peringkat negeri) sudah selesai dan ada beberapa kerusi perlu dimuktamadkan namun jumlahnya sangat kecil," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media Khas Lima Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan tinggal lagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang belum selesai pembahagiannya antara PH dan Barisan Nasional BN menjelang PRN akan datang.
Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor turut mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan Jumaat ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN pada kali ini, selaras dengan persefahaman yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.
Menteri Besar bagaimanapun berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti berkenaan yang mewakili PH pada PRN akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 19 2023
Amirudin di majlis Sidang Media Khas Lima Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis
Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.