SHAH ALAM: Isu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, menerusi siasatan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata siasatan pihaknya mendapati, pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu hanya menyatakan tentang isu semasa dan bukan berkaitan isu politik.
"Dia (Fahmi) menjawab soalan berkaitan dengan konsert (aksi biadap oleh vokalis kumpulan muzik The 1975) dan tindakan yang diambil untuk menamatkan konsert berkenaan, kerana telah melanggar syarat yang telah dipersetujui bersama.
"Dia tidak sebut politik dalam masjid, pada pandangan saya (isu ini) selesai. Dia datang mahu solat, dia cari masjid dan surau berdekatan. Sebagai menteri dia jawablah dengan jelas soalan yang ditanya jemaah," katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Serahan Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Ziarah Merdeka MAIS di sini hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar Fahmi, dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata MAIS menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyantuni dan membantu waris Allahyarham Sharipuddin Shaari, salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini pada 17 Ogos lepas.
Beliau berkata bantuan kecemasan sebanyak RM500 telah diberikan oleh LZS kepada balu mangsa Suriana Muda, yang merupakan suri rumah pada 21 Ogos.
"Semakan juga mendapati waris perlu menanggung dua orang anak yang masih bersekolah dan ada beberapa cadangan bantuan mahu disampaikan, tapi kita tengok pada kelayakan dahulu antaranya bantuan kewangan bulanan, sewa rumah, makanan dan persekolahan," katanya.
Pada 17 Ogos, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
MAIS mendapati, pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu hanya menyatakan tentang isu semasa dan bukan berkaitan isu politik. - Gambar fail
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.