PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais menolak rayuan wanita itu dalam keputusan majoriti 2-1.
Abang Iskandar dan Abu Bakar menolak rayuan wanita itu manakala Lim membuat keputusan yang memihak kepadanya.
Dalam penghakiman majoriti yang disampaikan secara dalam talian, Abang Iskandar berkata kes wanita itu tidak terjumlah dalam kategori beliau tidak pernah beragama Islam.
Lim pula memutuskan wanita itu bukanlah seorang penganut Islam kerana pertukaran agama sebelah pihak yang dilakukan oleh ibunya adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Wanita itu berkata dia dilahirkan sebagai seorang Hindu kepada ibu bapa bukan Islam dan masih kecil ketika ibunya bertindak mengislamkannya pada 1991 manakala bapanya meninggal dunia pada 1996.
Ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki Islam selepas bercerai dengan bapa wanita itu.
Wanita itu mendakwa walaupun memeluk agama Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu iaitu agama yang dianuti sejak dilahirkan.
Pada 12 Dis 2013, wanita itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam.
Bagaimanapun pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya. Mahkamah Rayuan Syariah juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.
Selepas gagal di Mahkamah Syariah, wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa beliau bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.
Pada 23 Mei tahun lepas, wanita itu kemudian mendapat kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan membangkitkan enam persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, A.Surendra Ananth dan Wong Ming Yen mewakili wanita itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda bertindak bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid dan Pembantu Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Khairul Nizam Abu Bakar hadir bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam. - Foto Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.

Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.

Status agama Islam: Mahkamah Persekutuan beri kebenaran wanita kemuka rayuan
Seorang wanita berusia 37 tahun mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.

Kembali status agama wanita: Keputusan rayuan MAIS, Kerajaan Selangor pada 28 Nov
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan MAIS.