Anggota UMNO perlu bersatu untuk mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum pribumi serta Islam sebagai agama rasmi, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata anggota UMNO dan orang Melayu khasnya tiada pilihan hanya dengan memperkasakan UMNO matlamat itu dapat dipertahankan.
"Segala perbezaan yang memecahbelahkan kita (orang Melayu dan UMNO) hendaklah diketepikan supaya kelangsungan parti tidak terganggu.
"Jangan main politik laksa...politik laksa ni bila kuah sikit menjadi lebih pekat dan sedap. Makin ada masalah, makin seronok kita bergaduh. Janganlah jadi macam tu," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditemui selepas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Arau oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga anggota MT.
Beliau berkata pemimpin dan anggota UMNO perlu sedar perjuangan parti lebih penting dan utama daripada kepentingan diri.
"Suasana politik hari ini memberikan kesan amat buruk kepada gerak kerja UMNO sekiranya tidak ditangani secara bijaksana dan berhemah," tambahnya.
Dalam pada itu Shahidan mahu parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memainkan peranan yang dilihat lebih berkesan untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang ditanya mengenai perhimpunan Baju Merah pada 16 Sept ini meminta penganjur memastikan perhimpunan itu dijalankan dengan aman dan mereka yang menyertai perhimpunan itu diminta memelihara hubungan antara kaum.
Katanya pucuk pimpinan parti memberi kebebasan kepada anggotanya menyertai perhimpunan itu untuk menyatakan manifestasi dan pendirian mereka dan bukan bertujuan menimbulkan huru-hara.
Sementara itu Tajuddin dalam ucapan perasmian mesyuarat itu berkata anggota UMNO perlu menunjukkan tahap kesetiaan yang tinggi kepada pucuk pimpinan parti supaya apa jua kemelut yang melanda parti dapat diselesaikan.
Bernama
Mon Sep 14 2015

SHAHIDAN: Anggota UMNO perlu bersatu untuk mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum pribumi serta Islam sebagai agama rasmi.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Destar lambang keperibadian dan identiti bangsa Melayu
Penciptaan destar ini jelas menggambarkan daya kreativiti yang tinggi dalam masyarakat Melayu.

Anggota UMNO perlu bersatu pertahan kaum pribumi dan agama - Shahidan
Anggota UMNO perlu bersatu untuk mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum pribumi serta Islam sebagai agama rasmi.