Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan anggota parti itu yang berhasrat bertanding pada pilihan raya umum akan datang supaya bersikap realistik dan tidak menyentuh isu perkauman demi mendapatkan kuasa politik.
Sambil menegaskan bahawa perkauman adalah isu yang sensitif, Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, adalah tidak munasabah bagi mana-mana individu membangkitkan tentang isu perkauman bagi tujuan survival politik peribadi.
"Saya minta agar orang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, janganlah guna isu (perkauman) yang cukup sempit ini kerana ini hanya mendatangkan perkara yang tidak diingini," katanya selepas majlis penyerahan bantuan rumah kepada 15 keluarga di Kampung Ansip dekat sini, pada Sabtu.
Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan berkata, perpaduan sedia ada dalam kalangan penduduk akan tercalar jika ada pihak yang cuba membabitkan isu perkauman untuk kepentingan peribadi.
"Kita perlu memahami bahawa budaya kita yang berbagai-bagai ini tidak jauh bezanya. Jadi, berasaskan itu, kita gunakan (kepelbagaian budaya) untuk menyatupadukan rakyat. Tidak ada sebab kenapa kita harus menggunakan perkauman untuk kepentingan politik," katanya.
Dalam pada itu, Kurup meminta rakyat di Sabah supaya bersama-sama menolak pihak atau individu yang mempunyai agenda tersendiri dengan mempengaruhi rakyat ke jalan yang boleh memusnahkan perpaduan.
"Kita harus yakin dan percaya, sebagaimana yang sering dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa beliau perdana menteri bagi semua kaum...dan di Sabah tidak sepatutnya timbul persoalan siapa dan apa bangsanya yang akan mewakili kita dalam sesuatu kawasan," katanya.
Mengenai majlis itu, Kurup berkata, rumah berkenaan dibina dengan peruntukan Parlimen Pensiangan bagi membantu keluarga berkenaan yang hilang rumah masing-masing dalam kebakaran pada 30 Okt 2016.
Kejadian itu turut mengorbankan seorang lelaki berusia 50-an.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
![Anggota PBRS diingat tidak bangkitkan isu kaum dalam berpolitik Anggota PBRS diingat tidak bangkitkan isu kaum dalam berpolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513463944_JosephKurup.jpg)
Kurup meminta rakyat di Sabah supaya bersama-sama menolak pihak atau individu yang mempunyai agenda tersendiri dengan mempengaruhi rakyat ke jalan yang boleh memusnahkan perpaduan. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713607390_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
![Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713359412_JosephKurup.jpg)
Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi.
![Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713411322_JosephKurup.jpg)
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
![Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713394867_tansrijosephkurup.jpg)
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
![Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671970516_TBHAJIJINOOR.jpg)
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
![Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709608381_JualanAgroMADANI.jpg)
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
![MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700026009_TBDewanRakyatj.jpg)
MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).
![MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699422297_TBtimbalanmenteri.jpg)
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
![Arthur Kurup ganti bapa sebagai Presiden PBRS Arthur Kurup ganti bapa sebagai Presiden PBRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673101205_ArthurJosephKurup.jpg)
Arthur Kurup ganti bapa sebagai Presiden PBRS
Datuk Arthur Joseph Kurup sah dilantik sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) baharu menggantikan bapanya, Tan Sri Joseph Kurup berkuat kuasa serta-merta.
![PBRS saran BN Sabah gerak solo, lupakan GRS PBRS saran BN Sabah gerak solo, lupakan GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665841005_PBRSsaranBarisanN.jpg)
PBRS saran BN Sabah gerak solo, lupakan GRS
PBRS melalui pemudanya sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaan apabila parti komponen itu tidak dilibatkan di dalam perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dengan GRS.