KUALA LUMPUR : Aktiviti 'lompat melompat' dalam kalangan ahli politik kedua-dua blok, Kerajaan dan Pembangkang dijangka akan terus mendominasi landskap negara sehingga tamatnya darurat mahupun setelah pembubaran Parlimen.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ia termasuk menyaksikan jajaran baharu politik dibentuk, bukan sahaja melibatkan inter party sebaliknya juga melibatkan gabungan parti-parti lain.
"Pada pendapat saya ketika ini, kita akan melihat lebih banyak perubahan akan berlaku sehingga darurat tamat atau pembubaran Parlimen.
"Jadi sekarang kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing untuk memastikan mereka mempunyai kelebihan apabila berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Namun begitu, Hamidin berkata, melihat kepada kedudukan politik semasa negara, adalah sukar untuk mengukur individu yang akan kekal atau 'melompat' menyertai mana-mana parti lain.
Katanya, apa yang sedang berlaku dalam negara dalam tempoh 22 bulan lalu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam politik negara.
"Kita tercari-cari indikator apa yang akan berlaku seterusnya," katanya lagi.
Bagaimanapun beliau memberitahu, kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre baru-baru ini mendapati, rakyat sudah bosan dengan perjalanan politik negara.
Sebaliknya kata beliau, meskipun mereka mengikuti politik negara, namun tumpuan rakyat kini beralih kepada isu-isu kesihatan seperti vaksinasi dan sebagainya.
Semalam Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti itu.
Selaras pengumuman untuk keluar PKR yang disertai sejak parti tertubuh pada 1998, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 14 2021
Dr Hamidin Abd Hamid berkata, melihat pada kedudukan politik semasa negara, adalah sukar untuk mengukur individu yang akan kekal atau berpindah menyertai mana-mana parti lain. - Gambar fail/Astro AWANI
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.