Bekas Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mizan Adli Mohd Noor mendakwa Ketua AMK, Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau masuk ke Kongres Nasional AMK 2019.
Mizan berkata, beliau masih mempunyai hak untuk memasuki tempat persidangan atas alasan pelucutan jawatan beliau sebagai Pengerusi Tetap tidak sah.
"Saya dihalang masuk dan saya telah diberitahu bahawa kongres berlangsung tanpa saya ada di dalam. Saya masuk ke dalam tapi ditolak dan dipukul dan terus keluar. Di mana suara perwakilan PKR yang lain?
"Adakah Akmal guna budaya gangster? Kami tidak buat apa pun. Sebarang keputusan berhubung jawatan seharusnya ditamatkan dalam kongres tapi saya tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada media
Mizan berkata, kongres yang sedang berlangsung itu tidak sah kerana sebarang pelantikan Pengerusi Tetap yang baharu, memerlukan kehadiran beliau.
"Jika nak tukar Pengerusi Tetap sekalipun, saya mesti dalam kongres...saya bukan yang menang bertanding, saya sebahagian daripada kongres. ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) sebut bahawa pemilihan berlaku dalam tiga tahun sekali. Jadi kami dinafikan hak untuk masuk ke dalam. Saya tidak dibenarkan masuk ke dalam.
"Adakah perlu berlaku gangsterisme? Ada banyak video yang telah dirakam, pemerhati lebih ramai berada di dalam sedangkan tidak ada tag. Yang punyai tag (identiti pengenalan diri) adalah perwakilan dan disekat untuk memasuki dewan,” katanya lagi.
BACA: Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Pada 28 November lalu, Mizan dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap AMK dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK.
Susulan dihalang masuk, Mizan berkata, beliau bersama 200 perwakilan lain akan membuat laporan polis hari ini.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Dec 06 2019
![Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575606464_TBMIZAN.jpg)
Mizan Adli Mohd Noor (kiri) mendakwa Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau masuk ke Kongres Nasional AMK 2019. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Datuk Bandar beragama Islam dilarang masuk ke Majlis Aidilfitri Rumah Putih Datuk Bandar beragama Islam dilarang masuk ke Majlis Aidilfitri Rumah Putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584064836_WhiteHouse.jpg)
Datuk Bandar beragama Islam dilarang masuk ke Majlis Aidilfitri Rumah Putih
Seorang Datuk Bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih yang turut dihadiri Presiden Joe Biden.
![Sombong! - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak Sombong! - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679116152_TBTajuddin.jpg)
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.
![Kongres AMK: Ahli bukan sengaja dihalang masuk, tapi tak lepasi syarat - Setiausaha AMK Kongres AMK: Ahli bukan sengaja dihalang masuk, tapi tak lepasi syarat - Setiausaha AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657878957_KongresAMKkekecoh.jpg)
Kongres AMK: Ahli bukan sengaja dihalang masuk, tapi tak lepasi syarat - Setiausaha AMK
Terdapat juga anggota parti yang mendaftar sebagai pemerhati, namun juga masih tidak dibenarkan masuk kerana kapasiti dewan yang penuh.
![Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575606464_TBMIZAN.jpg)
Akmal guna gangster halang saya masuk - Mizan Adli
Mizan berkata, beliau masih mempunyai hak untuk memasuki tempat persidangan atas alasan pelucutan jawatan beliau sebagai Pengerusi Tetap tidak sah.
![Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575596669_TBKONGRESANGKATANMU.jpg)
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.