SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan desas-desus bahawa terdapat tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan mengosongkan kerusi mereka.
Pengerusi BN itu berkata perkara tersebut adalah khabar angin kerana Ahli-Ahli Parlimen BN terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani sebelum ini.
"Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat. Selain itu, watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.
"Ini dah ditandatangani oleh mereka dalam aku janji dan dalam dokumen yang diikrarkan di hadapan saya," katanya ketika diminta mengulas video Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa tujuh Ahli Parlimen dari Johor, Pahang, Sabah dan utara Semenanjung akan meletak jawatan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MADANI Ride Polis Diraja Malaysia dan Ipoh Super Bikers Club sempena Peringatan Hari Polis ke-216 serta Bulan Kebangsaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Mengulas kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, Ahmad Zahid berkata perkara itu telah dibincang bersama Menteri Besar (MB) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Presiden UMNO itu berkata calon yang akan mewakili BN bagi DUN berkenaan akan diperinci selepas senarai nama diperoleh.
"Saya telah adakan perbincangan dengan MB Pahang dan kita telah meneliti bukan hanya keputusan dalam PRU (pilihan raya umum) lalu tetapi kita merasakan bahawa pembangunan DUN Pelangai harus diberi kesinambungan dan diteruskan," katanya.
Kerusi DUN Pelangai diisytihar kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memaklumkan Mesyuarat Khas berkaitan Pilihan Raya Kecil DUN N36 Pelangai akan diadakan Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Pengerusi BN itu berkata perkara tersebut adalah khabar angin kerana Ahli-Ahli Parlimen BN terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.