Wanita UMNO berharap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan dapat memimpin parti dengan baik.
Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata dua pemimpin penting dalam BN itu diharap akan dapat mengekalkan kestabilan parti berkenaan.
"Wanita UMNO berharap mandat yang diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO untuk menjalankan tugas Presiden UMNO, dibantu oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO, untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden akan dapat memberi kepimpinan yang jitu kepada UMNO dan menentukan kestabilan dalam UMNO dapat dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Hishammuddin mahu lihat kepimpinan baharu dalam UMNO
Wanita UMNO juga mengucapkan terima kasih serta menghormati dan menerima keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga semasa beliau sendiri menjadi Perdana Menteri, dan telahpun memberikan sumbangan kepada negara," ujarnya.
BACA: Najib Razak letak jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN
Pada masa sama, pergerakan itu menerima dengan tenang keputusan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan dan kepimpinan negara.
"Oleh itu, setiap ahli UMNO juga perlu muhasabah diri bagi membolehkan pembaharuan dan perubahan yang dituntut oleh rakyat turut dilaksanakan di dalam UMNO," kata beliau.
Najib mengumumkan peletakan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta-merta dalam satu sidang media khas di Bangunan UMNO, di PWTC.
Rahimah Abdullah
Sat May 12 2018
![Ahmad Zahid, Hishammuddin diharap jadi penyelamat UMNO Ahmad Zahid, Hishammuddin diharap jadi penyelamat UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526118360_ShahrizatAbdulJalil.jpg)
Shahrizat Abdul jalil berkata dua pemimpin penting dalam BN itu diharap akan dapat mengekalkan kestabilan parti berkenaan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714016890_ABDULLAHBADAWI.jpg)
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
![Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/41542595978_TBTOKMAT.jpg)
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
![KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699876283_KJKeluarSekejap.jpg)
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
!['Alhamdulillah, Pak Lah sihat' 'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684575434_TBPakLah.jpg)
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
!['Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia 'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596383594_TunAbdullah.jpg)
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
![Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636964976_TunAbdullah.jpg)
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
![Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619908613_ShamrahayuAbAziZ.jpg)
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
![[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil [KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623601658_AnnuarMusa.jpg)
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
![Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626082059_AnnuarMusa.jpg)
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
![Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596383594_TunAbdullah.jpg)
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.