Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersedia sekiranya dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun berkata, terpulang kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya.
Husni juga percaya akan mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan parti di bahagian Tambun.
"Bayangkan, saya jadi ketua bahagian 23 tahun, takkan orang nak boikot saya. Sekarang pun mereka sayang kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Tambun di Dewan Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Tanjung Rambutan, dekat sini, pada Ahad.
Husni berkata, di dalam menghadapi pilihan raya, isu bekerja untuk individu tertentu tidak harus difikirkan, sebaliknya semua pihak mesti bekerja kuat untuk menentukan BN memperolehi kemenangan lebih besar.
"Bila kita hadapi pilihan raya, kita tak fikir dari segi individu, kita fikir kemenangan. Jadi kita mesti bekerja ke arah itu, tidak lagi bekerja untuk individu tertentu.
"Soal siapa jadi calon, itu tertakluk kepada presiden punya keputusan, dia mempunyai banyak sumber untuk membuat penilaian," ujarnya.
Ahmad Husni berkata, sekarang ini bukan mencari tapak untuk mendapat sokongan kepada individu, tetapi sokongan itu adalah kepada BN.
"Pengundi Tambun lebih 100,000 dan jika mahukan sokongan, calon mesti menjadi pemimpin sejati yang menghambakan diri untuk rakyat, melayani rakyat, buat pembangunan untuk rakyat. Sasaran kita adalah kepada rakyat," kata beliau.
Pada Jun 2016, Ahmad Husni mengambil tindakan mengejutkan apabila meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan II di samping semua jawatan di dalam UMNO dan BN.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 25 2018
AHMAD HUSNI: Bayangkan, saya jadi ketua bahagian 23 tahun, takkan orang nak boikot saya. - Gambar fail/BERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak
Dakwaan Ahmad Faizal kononnya Anwar tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tambun tidak berasas, kata Timbalan Pengerusi PKR Perak.
Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang merupakan acara tahunan di Seri Perdana, tidak akan diadakan bagi tahun ini.
PM adakan lawatan kerja ke Johor esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Johor esok, yang merupakan kunjungan pertama beliau ke negeri itu sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lepas.
"Hentikan budaya pemberian cenderahati" - PM
Anwar hargai niat baik pemberi hadiah, namun, budaya itu tidak sesuai dengan keadaan semasa negara.
Buka Parlimen: Ini bukan masa kumpul SD, kekal fokus pulih negara - Faizal Azumu
Ahli politik perlu kembali kepada asas menjadi wakil rakyat iaitu untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.
Ahmad Faizal kemuka beberapa nama ADUN Bersatu untuk jawatan Exco Perak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.
Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
'Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyeru pengundi di kawasan itu supaya memberikan kemenangan dengan majoriti tertinggi kepada Barisan Nasional (BN).
Ahmad Husni sedia dicalonkan semula di Tambun
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersedia sekiranya dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.