IPOH:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mencadangkan beberapa nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti berkenaan untuk dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.
"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan percaya beliau akan membawa nama-nama ini untuk dipersembah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan kita harap yang terbaik," katanya kepada pemberita pada Kempen Hijaukan Bumi Kita, Selamatkan Generasi Akan Datang anjuran Ahli Majlis Zon Pasir Pinji di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau sendiri akan dilantik sebagai seorang exco, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berkata kemungkinan besar beliau tidak akan memegang jawatan itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata beliau akan memfokuskan tugas sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.
Khamis lepas, empat daripada lima ADUN yang mengangkat sumpah adalah lantikan semula iaitu Datuk Zolkafly Harun (BN-Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota).
Bagaimanapun, hanya seorang ADUN dari Bersatu yang dilantik iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) adalah muka baharu.
Barisan Exco Perak terbubar selepas Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 5 Dis lepas, setelah gagal mendapat sokongan menerusi usul 'keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar' sehari sebelum itu.
Menerusi usul yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) pada persidangan DUN, Jumaat lepas, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.
DUN Perak mempunyai 59 kerusi dengan UMNO memiliki wakil terbanyak 25 kerusi, diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020
AHMAD FAIZAL: Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan percaya beliau akan membawa nama-nama ini untuk dipersembah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan kita harap yang terbaik. -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin
Keputusan rasmi akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.
Peguam Negara bantah semakan kehakiman beku akaun Bersatu
Peguam Negara mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi, terhadap permohonan Parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung tindakan pembekuan akaun bank itu
AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal
AMK Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kerajaan perlu lakukan langkah komprehensif tangani isu kenaikan barang - MPT Bersatu
Kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga, dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi, kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM
Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai PBM akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.
32 ahli Bersatu Maran umum keluar parti, sertai UMNO
Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran bertindak keluar parti dan menyertai UMNO akibat hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.
Dr Roland Chia ketuai Sayap Bersekutu Bersatu Sabah
Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dilantik sebagai Ketua Penaja Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah berkuat kuasa 14 Oktober 2021.
Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.