JASIN:Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah hari ini menegaskan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Jasin yang disandangnya sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad, 72, yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata hasrat beliau itu telah dinyatakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh baru-baru ini.
"Saya sudah berbincang dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mengenai hasrat ini dan keputusan ini diambil berikutan faktor kesihatan selain sedar landskap politik negara pada ketika ini telah berubah.
"Sudah tiba masanya, kita memberi peluang kepada calon muka baharu untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Umbai, di sini hari ini.
Beliau berkata tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat selama enam penggal iaitu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam (1995 hingga 2008) dan Ahli Parlimen Jasin (2008 hingga kini) dilihat telah memadai dan sudah tiba masanya untuk beliau bersara daripada dunia politik.
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan bahawa Ahmad berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jasin dalam PRU15 akan datang, selain mendakwa beliau berusaha melobi untuk mendapatkan sokongan agar dipilih sebagai calon.
Ahmad bagaimanapun menjelaskan, isu melobi sepatutnya tidak timbul dan dakwaan itu jelas tidak bertanggungjawab serta mencabar kredibilitinya sebagai timbalan menteri, selain memberi gambaran negatif terhadap dirinya serta dilihat boleh mengeruhkan situasi politik yang tidak menentu ketika ini.
Sehubungan itu, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada akhbar terbabit dalam tempoh seminggu dan telah membuat laporan polis berhubung artikel berkenaan, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 26 2020
Datuk Seri Ahmad Hamzah menegaskan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Jasin yang disandangnya sejak 2008. - Gambar Facebook
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Program Anak Kita berjaya pastikan murid tercicir kembali ke sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan berkata Program Anak Kita anjuran KPM dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Awam berjaya memastikan murid tercicir kembali ke sekolah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
Presiden Uzbekistan lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb, menandakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Disember 2016
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Malaysia menyertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza yang diterajui Jordan, menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha bantuan untuk rakyat Palestin.
[TERKINI] Pembantu tukang jahit mengaku salah hina agong, didenda RM4,000
Seorang pembantu tukang jahir didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam platform media sosial Facebook Disember lalu.
AWANI Ringkas: Isu perang dagang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Selamat 2025: Kemalangan turun 10 peratus, kefahaman masyarakat meningkat - KPN
Op Selamat yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam
Ketika ini, antara negara pengeluar bekalan ayam diberi kelulusan adalah termasuk Thailand, China, Brazil dan Belanda.
Harga siling ayam: Situasi menang-menang buat pengguna, penternak
Penetapan harga siling bagi penjualan ayam adalah satu pendekatan situasi menang-menang buat pengguna dan juga penternak, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
Musang King harga mampu milik antara tarikan Penang FAMA Fest 2022
Program yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu turut menawarkan jualan buah-buahan bermusim RM30 bagi setalam di laman durian yang disediakan.
Bekalan ikan pulih mulai bulan ini - MAFI
Peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga ke kemuncaknya pada Oktober.
MAFI sasar bantu 750 usahawan, sedia RM15 juta Geran Agropreneur Muda
Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagi tujuan itu MAFI menyediakan GAM sebanyak RM15 juta.