KUALA LUMPUR: Penetapan harga siling bagi penjualan ayam adalah satu pendekatan situasi menang-menang buat pengguna dan juga penternak, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa mengadakan perbincangan bersama pemegang taruh industri untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka dan pada masa yang sama menjamin kebajikan pengguna yang menghadapi isu kenaikan harga barang ketika ini.
"Bermula hari ini, kerajaan tetapkan harga siling RM9.40 dan memberikan subsidi kepada penternak sebanyak RM1.20 bagi setiap kilogram ayam. Itu akan menjadikan jumlah subsidi yang diperuntukkan adalah dianggarkan RM369 juta," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di perkarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang di sini hari ni.
Rabu lepas, kerajaan memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam tetapi meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai hari ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.
Ahmad berkata kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi pemain industri ketika ini terutamanya dari segi peningkatan kos input pertanian yang meningkat dengan ketara akibat faktor yang tidak dapat dikawal.
"Kita bukan sahaja menghadapi masalah cuaca, malahan masalah geopolitik yang tidak stabil ketika ini berlaku di seluruh dunia terutamanya perang Rusia-Ukraine menjadikan kos input pertanian, makanan haiwan meningkat dengan begitu ketara sekali. Kerajaan memahami, sebab itu kami memberikan subsidi tersebut," katanya yang memberi jaminan bekalan ayam dalam negara setakat hari ini masih lagi stabil dan mencukupi.
Sementara itu, Ahmad berkata langkah untuk memansuhkan kelulusan kuota import (AP) dalam mengimport ayam dari luar negara adalah suatu langkah yang tepat kerana ia menyumbang kepada kestabilan bekalan.
"Untuk memberikan peluang kepada pengusaha lain mengimport dan memastikan kita mempunyai bekalan yang cukup, kami beri peluang dan sekarang tidak ada lagi AP," katanya.
Namun, beliau menerangkan walaupun AP dimansuhkan, pengimport perlu memperoleh Import Permit (IP) kerana apa jua produk pertanian masih perlu melalui pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) sebelum dipasarkan di dalam negara.
Berkenaan program JTDLKM, Ahmad berkata program tersebut adalah satu daripada inisiatif kerajaan dalam memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan pada harga yang lebih berpatutan.
Beliau berkata barangan yang dijual dalam program itu yang menawarkan purata potongan harga sebanyak 10 peratus, dijangka memanfaatkan lebih 420,000 pengguna dan MAFI menyasarkan nilai jualan mencecah RM10.5 juta.
JTDLKM yang dilancarkan hari ini akan diteruskan seluruh negara dan lebih 800 program dijangka dianjurkan sehingga hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022
Penetapan harga siling bagi penjualan ayam adalah satu pendekatan situasi menang-menang buat pengguna dan juga penternak. - Gambar hiasan/BERNAMA
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Program Anak Kita berjaya pastikan murid tercicir kembali ke sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan berkata Program Anak Kita anjuran KPM dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Awam berjaya memastikan murid tercicir kembali ke sekolah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
Presiden Uzbekistan lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb, menandakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Disember 2016
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Malaysia menyertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza yang diterajui Jordan, menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha bantuan untuk rakyat Palestin.
[TERKINI] Pembantu tukang jahit mengaku salah hina agong, didenda RM4,000
Seorang pembantu tukang jahir didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam platform media sosial Facebook Disember lalu.
AWANI Ringkas: Isu perang dagang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Selamat 2025: Kemalangan turun 10 peratus, kefahaman masyarakat meningkat - KPN
Op Selamat yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
KPDN tidak bercadang kenakan harga siling terhadap sayur - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran.
Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal sehingga 17 Januari
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 Jan hingga 17 Jan 2024.