Datin Seri Hizam Awang Ahmad, isteri Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menyifatkan suaminya sebagai seorang yang sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa untuk berbakti kepada rakyat.
Hizam, 56, berkata suaminya yang dikahwini sejak 1981 itu sentiasa bersikap terbuka menerima apa sahaja teguran dan kritikan yang dilontarkan masyarakat terhadapnya.
Katanya walaupun sentiasa menerima kritikan negatif daripada masyarakat termasuk dalam krisis membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sejak 20 Jan lepas, namun beliau tidak pernah ambil hati atau berdendam dengan sesiapa.
"Dia (Ahmad Bashah) memang macam tu..Apa sekalipun kritikan yang diberikan, dia akan terima sahaja dan tidak pernah bersuara kerana sudah faham asam garam dalam bidang politik ini. Mana ada ahli politik yang tidak dikritik, jadi terima sahaja apa yang orang cakap.
"Dia seorang yang kuat, jadi ini (kritikan) tidak akan mematahkan semangatnya. Sejak muda dia terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ayahnya, jadi dia memang seorang yang kuat," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Pingat di Istana Anak Bukit hari ini.
Beliau berkata empat anak perempuannya, Anis Hafina (34); Amira Hazwani (29); Aliya Hanani (28) dan Azira Hafizah, 25, turut memainkan peranan dalam memberi sokongan padu kepada suaminya ketika berdepan saat sukar dalam karier politiknya.
"Mereka pun selalu bagi sokongan kepada dia supaya kuat dan kami juga telah mendidik anak-anak supaya jangan berdendam. Memang diakui ini merupakan dugaan dan kritikan paling teruk yang terpaksa diterima sepanjang tempoh 40 tahun penglibatan dia dalam bidang politik, namun kami sentiada berserah kepada Allah.
"Selain itu, ramai kenalan yang memberi kata-kata semangat yang banyak menasihatkan saya supaya banyak bersabar," katanya merujuk kepada kritikan banyak pihak di media sosial terhadap Ahmad Bashah berikutan desakannya yang mahu bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir digantikan.
Sementara itu, Anis Hafina yakin bapanya mampu menggalas tanggungjawab untuk mentadbir negeri dengan baik selepas diberi tanggungjawab oleh Sultan Kedah.
"Akhirnya kerja keras dia (Ahmad Bashah) selama 40 tahun dalam politik dihargai. Walaupun ramai yang mempertikai tentang kelulusan pelajarannya, saya yakin dengan pengalaman selama 40 tahun dalam bidang politik dia mampu mentadbir dan menyatupadukan rakyat Kedah," katanya kepada Bernama.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata ayahnya memulakan kerjaya dalam bidang politik dari peringkat bawah dan tidak pernah patah semangat kerana semangat politik yang mengalir dalam darah dagingnya.
"Walaupun ramai yang melemparkan kritikan negatif, namun dia tidak pernah patah semangat. Kami pun sudah biasa dengan perkara itu kerana itu semua pendapat masyarakat dan kita tak boleh tutup mulut orang untuk bersuara.
"Mereka tak kenal dia secara peribadi jadi kami sekeluarga tak pernah simpan dalam hati. Apa yang boleh kami lakukan ialah memberi sokongan padu kepadanya untuk terus tabah dalam mentadbir negeri," katanya.
Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit.
Ahmad Bashah merupakan antara pemimpin UMNO negeri yang paling kanan apabila menjadi anggota ADUN Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.
Beliau juga pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama dua penggal sejak 1999 hingga 2008.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013, Ahmad Bashah dilantik sebagai Senator dan juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau melepaskan kedua-dua jawatan itu semalam selepas diumumkan menjadi Menteri Besar Kedah.
Bernama
Thu Feb 04 2016
Hizam (kiri) berkata suaminya yang dikahwini sejak 1981 itu sentiasa bersikap terbuka menerima apa sahaja teguran dan kritikan yang dilontarkan masyarakat terhadapnya. -foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.