Beliau beransur sihat selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di HPP pada 7 Jun lalu.
Menurutnya, walau apa pun terjadi, tanggungjawab beliau kepada rakyat dan negeri Kedah mesti dilaksana dan diutamakan.
![Ahmad Bashah memulakan tugasnya dengan mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Hospital Pulau Pinang. -Foto Unit Media Kerajaan Negeri Kedah](http://img.astroawani.com/2016-06/41466573755_freesize.jpg)
Ahmad Bashah pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
![Ahmad Bashah beransur sihat selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di HPP pada 7 Jun lalu. -Foto Unit Media Kerajaan Negeri Kedah](http://img.astroawani.com/2016-06/81466573749_freesize.jpg)
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedah Medical Centre (KMC) dan HPP kerana memberi perkhidmatan terbaik sepanjang rawatan.