KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, di sini.
Menurut kenyataan media Parlimen Malaysia, majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Kamar Khas, Parlimen.
Ahmad Amzad, 53, mengangkat sumpah apabila menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos.
Beliau mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Azan Ismail dengan majoriti 47,266 undi.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, pada Pilihan Raya Umum ke-15 setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika kempen.
Johari mengucapkan tahniah kepada Ahmad Azmad atas pelantikan itu dan kemenangannya pada PRK dan berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Sementara itu, Johari semasa majlis itu memaklumkan persidangan Parlimen ke-15 setakat ini boleh dikatakan menempah sejarah membanggakan kerana tahap akauntabiliti badan eksekutif terhadap badan perundangan berada pada tahap tertinggi.
Ia berdasarkan keberkesanan urusan Dewan, Kamar Khas dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas (JKP) Dewan Rakyat, katanya.
Johari berkata bagaimanapun peningkatan tahap akauntabiliti itu perlu seiring dengan kepatuhan Ahli Dewan Rakyat terhadap peraturan persidangan terutama dalam aspek tingkah laku.
"Saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat memberi sumbangan yang berfaedah dan bermakna kepada Dewan, seterusnya kepada rakyat dan negara. Diharap Ahli-Ahli Dewan dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Ahmad Amzad mengangkat sumpah apabila menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahmad Amzad angkat sumpah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Ahmad Amzad Mohamed mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini.