DUNGUN: Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan bentuk tindakan atau hukuman yang bakal dikenakan terhadap ahli berkenaan.
"Siapa dia (Muhammad Aizat Fikri)? Dia hanya ahli biasa sahaja. Kalau kata nak bangkit juga ada ke dibuat mesyuarat khas jawatankuasa bahagian, mesyuarat khas dan sebagainya?," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan air minuman kepada kira-kira 500 penduduk Ketengah Jaya yang terjejas akibat terputus bekalan air.
Semalam, dua ahli UMNO dilaporkan menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata keputusan parti untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi berkenaan bukan kali pertama berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Katanya usul itu dipersetujui perwakilan memandangkan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu. - Gambar fail/Astro AWANI
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Ahli UMNO Kuala Nerus hantar aduan kepada RoS tidak wakili UMNO Terengganu - Ahmad Said
Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi.