KUALA LUMPUR: Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, dan ia sekali gus dapat memberi teladan baik di samping mengelak daripada terlibat sama dalam penyebaran berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
"Kalau kita tidak pandai menyemak fakta dan kita percaya berita palsu, macam mana pula dengan orang di luar sana? Begitu ramai pengguna media sosial. Usaha untuk mendidik masyarakat memang ada seperti di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program Klik Dengan Bijak yang dijalankan sejak 2022.
"Mungkin MCMC perlu sediakan satu sesi dan jemput semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kepala Batas (Siti Mastura Muhammad) supaya kita sebagai pemimpin di sini, kita perlu tunjukkan bahawa sebelum kita menyebar apa-apa berita, biarlah kita buat semakan terlebih dahulu," katanya.
Teo berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung satu kenyataan oleh Siti Mastura dan langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran celik media dalam kalangan wakil rakyat.
Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi tempoh sehingga esok (Khamis) kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata tuduhan Ahli Parlimen Kepala Batas itu adalah tidak berasas dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya Siti Mastura gagal mengemukakan bukti berkenaan dalam tempoh yang diberikan.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang dalam ucapannya di Kemaman, Terengganu pada 4 Nov lepas dikatakan membuat kenyataan yang mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew serta beberapa pemimpin DAP lain.
Semasa menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PH-Tasek Gelugor) yang mendakwa kerajaan bersikap tidak adil dalam menurunkan kandungan di media sosial, Teo menyangkal dakwaan kerajaan bersikap berat sebelah dalam hal berkenaan.
"Saya tidak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat kerana saya percaya bahawa apabila kita turunkan kandungan di media sosial kebanyakan kes itu.. kalau saya kongsikan dengan Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana (pembangkang) juga bersetuju dengan tindakan diambil PDRM atau MCMC," katanya.
Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Wan Saiful mengenai undang-undang untuk mengawal isu 3R di platform media sosial dan majlis-majlis perbincangan awam, Teo berkata MCMC dengan kerjasama platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, X dan YouTube, menurunkan 3,752 kandungan berkaitan penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian berkaitan 3R mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), sejak bulan Jan sehingga Oktober tahun ini.
"KKD telah menubuhkan Task Force Menangani Berita Palsu pada 1 Dis 2022 yang berfungsi bagi memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara.
"Sejak penubuhannya, 156 berita yang tidak ditentukan kesahihannya melibatkan isu 3R dan Perdana Menteri serta pentadbiran telah dikenal pasti. Pemantauan, tindakan pentadbiran dan tindakan undang-undang diselaraskan oleh pelbagai agensi termasuk PDRM dan AGC," katanya.
Teo berkata 75 kertas siasatan dibuka PDRM berkaitan penyebaran berita palsu dan isu 3R, dan daripada jumlah itu, 45 kes telah selesai dan 30 kes masih dalam siasatan di peringkat PDRM, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) dan MCMC, setakat 1 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Semalam, Guan Eng memberi tempoh sehingga Khamis kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng dan Kuan Yew. - Gambar fail
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
Selepas Guan Eng, Teresa Kok pula mulakan tindakan mahkamah terhadap Siti Mastura
Teresa Kok telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Siti Masura dan memberi beliau masa tiga hari untuk membalasnya.
Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.