PAS Selangor pada Selasa mengumumkan Yang Dipertua PAS Sabak, Sallehen Mukhyi sebagai pesuruhjaya negeri yang baharu menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad.
Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak dilantik hasil mesyuarat badan perhubungan PAS Selangor yang pertama untuk penggal 2017/2019.
Selain pesuruhjaya, dua timbalan pesuruhjaya baharu turut dilantik pada mesyuarat itu, iaitu Mohd Haslin Hassan (Timbalan Pesuruhjaya II) dan Mohd Zamri Zainuldin (Timbalan Pesuruhjaya III), bagaimanapun, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.
Menurut Sallehen, fokus utama jawatankuasa baharu itu adalah memastikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang biarpun rakan sekutunya DAP telah memutuskan tahaluf siyasi dan kini menunggu keputusan Majlis Syura Ulama mengenai kedudukan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kita akan teruskan kerja-kerja yang dirancang jawatankuasa perhubungan sebelum ini dan akan tambah baik mana-mana yang tertinggal demi memenangkan parti," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini malam ini.
Dalam pada itu, Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.
Bagaimanapun katanya isu pembahagian kerusi dengan PKR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan sekiranya ''terpaksa'' berpisah, pihaknya akan berbincang untuk menambah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017

PAS Selangor mengumumkan Yang Dipertua PAS Sabak, Sallehen Mukhyi (gambar) sebagai pesuruhjaya negeri yang baharu menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya Pas Selangor baharu
Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.