KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.
Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.
"Saya telah memohon untuk menyertai Keadilan pada bulan September 2020 dan alhamdulillah telah diterima. No keanggotaan saya ialah J1100004520.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan semua pimpinan serta ahli Keadilan khusus kepada pimpinan Negeri Johor dan pimpinan Cabang Batu Pahat yang telah menerima keanggotaan saya.
"Insyaallah saya berjanji akan mematuhi segala arahan parti serta pimpinan dari masa ke semasa," katanya.
Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.
Malaysiakini melaporkan dua lagi wakil rakyat Amanah di Johor, Adun Serom Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit juga bakal mengikut jejak Khairuddin meninggalkan Amanah dan menyertai PKR.
Amanah dan PKR merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.
Irwan Muhammad Zain
Sat Feb 27 2021
![Adun Amanah di Johor sertai PKR Adun Amanah di Johor sertai PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614420166_KhairuddinARahim.jpg)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A.Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu. - Gambar FB Khairuddin
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703295339_KonvensyenNasional.jpg)
Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu
Barisan kepimpinan baharu akan membantu mantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.
![Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703983193_pekmakananasas.jpg)
Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan
Pusat yang beroperasi 24 jam itu memerlukan segera beberapa barangan keperluan seperti lampin pakai buang, air mineral dan selimut.
![Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703418191_Amanah.jpg)
Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.
!['Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi' 'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703392568_TBKhalidAbdulSamad.jpg)
'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'
Khalid memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ahli yang membuat kritikan terbuka termasuk isu dalaman parti.
![Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703393162_TBAmanah.jpg)
Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah
Kesemua usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan yang hadir.
![Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703295339_KonvensyenNasional.jpg)
Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Mohamad Sabu.
![Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703231998_TBAdlyjpg.jpg)
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
![Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702795477_MujahidYusof.jpg)
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
![Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702743779_TBPemudaAmanah.jpg)
Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal
Pemuda Amanah meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal.