Polis telah menerima 42 laporan daripada orang awam berkaitan kenyataan oleh Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948 dan siasatan lanjut dibuat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Bagaimanapun saya tidak bercadang untuk mendedahkan secara terperinci status penyiasatan dan tindakan yang telah diambil memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis," katanya menerusi jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).
Lim ingin tahu jumlah laporan polis dibuat terhadap Presiden Isma berhubung kenyataannya yang menyebut kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah 'penceroboh'.
Lim juga ingin tahu kaedah-kaedah kerajaan menghalang kenyataan-kenyataan yang menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum.
Ahmad Zahid menegaskan pendirian kerajaan adalah jelas dalam mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada terhadap mereka yang terlibat sekiranya terbukti bersalah.
"Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia tidak pernah mengamalkan 'double standard' dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan," katanya.
Beliau turut menasihati semua pihak menjauhkan diri daripada terlibat dengan kegiatan-kegiatan seumpama ini demi menjaga kselamatan dan memelihara keharmonian yang dikecapi selama ini.
Dalam jawapan bertulis berasingan kepada Lim, Ahmad Zahid berkata statistik kes penculikan yang berlaku di seluruh negara menunjukkan penurunan sejak 2010 berikutan usaha pihak berkuasa yang sentiasa fokus dalam mengekang jenayah tersebut.
Katanya sebanyak 34 kes membabitkan 46 mangsa dicatat dengan 42 daripadanya berjaya diselamatkan oleh polis pada tahun 2010.
Beliau berkata pada tahun berikutnya jumlah mangsa menurun kepada 37 orang, manakala mangsa yang selamat ialah 32 orang.
"Jumlah itu terus menurun pada 2012 dengan hanya 26 kes melibatkan 28 mangsa dan 25 daripadanya selamat, pada 2013 pula jumlah kes, jumlah mangsa dan mereka yang selamat masing-masing mencatatkan 21 kes.
"Sehingga April tahun ini pula hanya lima kes dicatatkan membabitkan enam mangsa dan lima mangsa telah berjaya diselamatkan," katanya.
Lim ingin tahu statistik kes penculikan sejak 2010, dan adakah kerajaan patut mohon maaf kepada keluarga mangsa culik yang berwarganegara asing.
Mengenai kewajaran kerajaan untuk memohon maaf, Ahmad Zahid berkata ia tertakluk kepada merit sesuatu kes itu.
"Kerajaan tidak keberatan untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa kecuali kejadian berlaku atas kecuaian pihak kerajaan kerana tiada kawalan keselamatan yang disediakan," jelasnya.
Bernama
Wed Jun 11 2014

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.

Sumbangan tidak sampai hanya tohmahan - Aman Palestin
Katanya, sejak ditubuhkan 18 tahun lalu segala bantuan disalurkan terus kepada rakyat di Palestin tanpa melalui kedutaan.

42 laporan polis dibuat terhadap Presiden Isma - Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948.

ISMA dakwa wakili pandangan politik Melayu
Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman menolak tanggapan bahawa kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut sebaliknya seruan penting supaya masyarakat di negara ini tidak melupakan sejarah.

Presiden ISMA disiasat bawah Akta Hasutan
Ketua Polis Negara mengesahkan perkara berkenaan dan menasihatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan yang bersifat menghasut.

Pas bermasalah sebab pilih bersama Anwar
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Anwar.
Calon Isma bakal tanding PRU 13 atas tiket Berjasa
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengumumkan akan bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan dua dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).