SHAH ALAM: Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), Abdullah Zaik Abdul Rahman mendakwa punca utama badan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi mangsa tohmahan sehingga diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana tidak menyalurkan bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia.
Sedangkan katanya, sejak ditubuhkan 18 tahun lalu segala bantuan disalurkan terus kepada rakyat di bumi berdarah itu tanpa melalui kedutaan.
"Isu duit sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai kepad rakyat Palestin ini baru sahaja ditimbulkan. Ia datang daripada sumber Kedutaan Palestin di Malaysia dan kenyataan itu kemudiannya diambil (sehinggalah membawa kepada tindakan beku akaun).
"Ramai orang yang tidak faham dan percaya dengan tohmahan sehingga memberi tanggapan semberono dan memberi sangkaan buruk kepada NGO yang membuat kutipan untuk rakyat Palestin.
"Sebenarnya bukan NGO tidak hantar duit tetapi tidak menyalurkan bantuan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya tidak mahu dan tidak setuju salur bantuan melalui kedutaan (Palestin di Malaysia)," katanya ketika sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Aman Palestin di Kajang malam tadi.
Menurutnya, disebabkan tohmahan yang didakwa ditimbulkan pihak Kedutaan Palestin di Malaysia itu akhirnya membawa kepada pembekuan akaun tersebut.
"Mereka mengatakan duit tidak sampai. Sebenarnya isu tidak sampai itu kepada Kedutaan Palestin di Malaysia dan kemudiannya disambut oleh pihak yang ada kepentingan," katanya.
Tambah Abdullah Zaik, sepanjang 18 tahun beroperasi, Aman Palestin tidak pernah gagal menyalurkan bantuan yang disumbangkan rakyat Malaysia kepada negara tersebut.
SPRM pada Rabu lalu dilapor membekukan sebanyak 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain.
SPRM dalam satu kenyataannya berkata, tindakan itu diambil ekoran dakwaan pihak terbabit menyalah guna wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.
Ia susulan siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.
Kata kenyataan itu, jumlah keseluruhan wang sumbangan orang ramai kepada pihak terlibat adalah sebanyak RM15.86 juta. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 27 2023
Abdullah Zaik berkata, sepanjang 18 tahun beroperasi, Aman Palestin tidak pernah gagal menyalurkan bantuan yang disumbangkan rakyat Malaysia kepada Palestin. - Foto Sinar Harian
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.