KUALA LUMPUR:Lagi Usul Tidak Percaya terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikemukakan kepada Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Ia susulan laporan bahawa Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah telah menghantar surat berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

BACA: Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM

Setakat jam 10 pagi, seramai empat Ahli Parlimen daripada blok bebas telah mengemukakan surat usul itu.

Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kesemua mereka adalah pengasas Parti Pejuang Tanah Airku (Pejuang).

Rabu lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar usul yang dibawa Dr Mahathir perlu dikemukakan di Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Azhar Azizan pada 25 September lalu.