Hampir 2,000 pemimpin dan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta.
Dalam pengumuman yang dibuat secara rasmi sebentar tadi, mereka mengumumkan hilang kepercayaan terhadap presiden dan parti yang didakwa tidak menunaikan mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Kesemua 1,878 ahli itu merupakan dari lima bahagian iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah.
Manakala, pengumuman berasingan melibatkan bahagian Masjid Tanah akan dibuat dalam masa terdekat.
Bekas Ketua Cawangan Rim, Bahagian Jasin, Imanuddin Abd Aziz berkata, tindakan keluar parti beramai-ramai itu kerana kepercayaan pada kepimpinan sebelum ini telah dikhianati selain banyak perkara tentang disiplin dalam parti berkenaan telah 'dirogol'.
“Seperti kita ketahui, banyak perkara tentang kedisiplinan dan sebgainya dalam Bersatu ini telah dirogol, kerana itu kepercayaan kami masih tetap bersama Tun Dr. Mahathir dan berhijrah bukannya melompat dan sebagainya.
“Kami ini ahli biasa sahaja, kami bukan wakil rakyat. Kami bukan ahli parlimen yang mendapat mandat rakyat, kami Cuma ahli biasa, tetapi rakan-rakan saya inilah pejuang asal yang berjuang tanpa sempadan bersama menegakkan Bersatu di Melaka ini," jelasnya.
Mengulas lanjut ujarnya, jumlah yang keluar termasuk 16 Ketua Cawangan, Pengerusi Tetap Bahagian dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian yang dipecat kerana didakwa telah melanggar peraturan parti di bawah Fasal 10.2.4 Perlembagaan Parti pada 15 Ogos.
Ujarnya beliau turut menjangkakan 40 peratus lagi daripada keseluruhan 20,000 ahli Bersatu di Melaka akan turut mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.
Katanya, mereka akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana masih yakin dengan perjuangan politik tun dr mahathir mohamad dan beberapa kepemimpinan lain.
Terdahulu, kurang dua minggu lalu Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menegaskan ahli-ahli di negeri itu masih utuh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 7 Ogos lepas, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang kemudiannya dinamakan sebagai 'pejuang'.
Dr Mahathir dilaporkan berkata parti itu akan dipimpin oleh anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.
BACA: UMNO, Pas jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional - Zahid
BACA: Separuh ahli Bersatu Kelantan didakwa akan keluar parti
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 21 2020
Kesemua 1,878 ahli itu merupakan dari lima bahagian iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah. - Gambar fail
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.