Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meraih pencapaian memberangsangkan dalam tempoh 100 hari penubuhannya dan meskipun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik.
Beberapa pihak melahirkan rasa puas hati mereka dengan usaha yang dilakukan kerajaan, dengan mengambil contoh antara lainnya, kadar inflasi Jun yang merekodkan penurunan ketara daripada setahun lalu.
Ketua Penyelidikan Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon berkata meskipun masih terlalu awal untuk menilai sama ada kos hidup rakyat telah benar-benar menurun dalam tempoh 100 hari PH mengambil alih pentadbiran, namun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) Jun, kadar inflasi susut dengan ketara kepada 0.8 peratus daripada 3.6 peratus dalam bulan yang sama tahun lepas.
"Sudah tentunya, IHP yang rendah itu adalah hasil daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar serta penstabilan harga bahan api RON95 dan diesel.
"Justeru itu, berdasarkan kepada kadar inflasi (yang diukur menerusi bacaan IHP), ya, kita boleh katakan kos hidup rakyat telah menurun," katanya kepada Bernama.
Ramai yang menjangkakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang bakal diperkenalkan semula pada 1 Sept ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan.
Ditanya sama ada pengenalan semula SST itu akan bercanggah dengan ikrar pilihan raya PH bagi menangani kenaikan kos hidup, Peck berkata beliau percaya harga akan stabil dalam tempoh jangka panjang, walaupun pelarasan meningkat mungkin dilihat dalam tempoh terdekat ini.
"Sebelum ini, di bawah rejim GST, perniagaan menganggap yang mereka tidak dapat menerima bayaran balik cukai serta merta. Setengah daripada mereka mungkin telah memasukkan enam peratus ke dalam harga jualan mereka, dan dengan itu telah menaikkan kadar inflasi.
"Dengan pelaksanaan SST tidak lama lagi, saya percaya situasi ini tidak akan berlaku kerana perniagaan akan lebih berdisplin dari segi melepaskan kos kepada pengguna. Ini akan secara tidak langsung membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat," katanya.
Selain daripada itu, Peck berkata, berita bahawa agensi penarafan Fitch Ratings mengesahkan penarafan mungkir penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil juga akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini dan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar AS.
"Ia akan membantu mengurangkan inflasi diimport, yang merupakan satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada harga tinggi, jadi saya percaya kos sara hidup akan menjadi lebih stabil pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata para pelabur secara umumnya menerima dan selesa dengan apa yang telah dilakukan kerajaan baharu setakat ini, dinilai daripada pasaran ekuiti dan ringgit yang bertahan dengan baik, meskipun ia terjejas oleh penurunan lira Turki kebelakangan ini.
Pada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,783.47 manakala ringgit diniagakan pada 4.1050/1080 berbanding dolar AS.
Ditanya sama ada kerajaan akan dapat menunaikan semua 10 janjinya walaupun selepas tempoh 100 hari pertama mentadbir negara, beliau berkata kerajaan perlu terlebih dahulu menyelesaikan kekangan kewangan yang melibatkan hutang kerajaan berjumlah RM1 trilion.
"Jika situasi kewangan membolehkan mereka (kerajaan) berbuat demikian, mereka akan dapat menunaikan semua janji-janji itu," katanya.
Secara keseluruhannya, Peck yakin rakyat berpuas hati dengan apa yang telah diumum dan dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh 100 hari itu, walaupun ada yang mungkin agak bimbang dengan pengumuman projek kereta nasional ketiga.
"Jika kerajaan tidak terlibat dalam projek kereta nasional 3.0, dan tiada layanan khas dalam bentuk perlindungan cukai diberikan, sama seperti yang dinikmati Proton sebelum ini dan menjadikannya kurang kompetitif, saya fikir tidak ada masalah untuk kita mempunyai satu lagi jenama kereta nasional di negara ini," katanya.
Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) juga memuji usaha PH dalam menunaikan sebahagian daripada janji-janji pilihan rayanya.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, NCCIM berkata kerajaan pantas melaksanakan beberapa janji manifesto utama seperti memansuhkan GST dan menstabilkan harga petrol yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup.
Dewan itu berkata kerajaan juga menstrukturkan semula pelbagai agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman agar mereka kini melapor terus kepada Parlimen, yang memastikan kebebasan, ketelusan dan pengawasan demokrasi yang lebih tinggi.
"Meskipun banyak lagi yang perlu dilakukan, komitmen awal ke arah persekitaran mesra perniagaan serta pertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi merupakan petanda yang menggalakkan.
"Jangan kita lupa, untuk mencapai suatu yang penting bukanlah mudah ia perlu mengambil masa yang lama," kata dewan itu.
10 janji kerajaan PH di bawah manifesto 100 hari mereka ialah:
1. Menghapuskan GST dan mengambil inisiatif mengurangkan kos sara hidup
2. Menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan semula subsidi petrol bersasar
3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA
4. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah
5. Menyamaratakan gaji minimum bulanan pekerja di seluruh negara
6. Meringankan beban peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat institusi yang berdepan skandal
8. Memulihkan hak autonomi Sabah dan Sarawak, sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
9. Memperkenalkan skim kesihatan "Skim Peduli Sihat"
10. Mengkaji semula semua projek-projek mega yang menelan kos yang amat tinggi
Setakat 17 Ogos, beberapa janji telah dipenuhi, iaitu pemansuhan GST, penstabilan harga bahan api, menghapuskan dasar senarai hitam bagi peminjam yang gagal menbayar balik PTPTN, mengkaji semula projek mega termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Laluan Rel Pantai Timur, serta memperkenalkan fasa pertama skim pencen bagi suri rumah bermula 15 Ogos, 2018. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
Walaupun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan baik. - Facebook/pakatanharapan.my
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Sokong Anwar? Minta maaf sajalah! - Pemuda UMNO
Asyraf Wajdi dengan tegas menyatakan sekiranya ada yang merayu mereka menyokong Anwar, Pemuda UMNO hanya boleh sebut "minta maaf sahajalah!"
Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.
Anwar hanya kemukakan jumlah sokongan, tidak senaraikan sebarang nama - Istana Negara
Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.
Anwar menghadap Agong: Ini mungkin situasi yang akan berlaku esok - Pakar Perlembagaan
Jika dilihat kepada pengalaman lepas, Al-Sultan Abdullah bertemu dengan semua ahli Parlimen bagi memastikan keputusannya benar-benar jitu.
100 hari: Tangani kos sara hidup rakyat antara pencapaian utama Pakatan Harapan
Walaupun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik.
100 hari: Perkhidmatan awam paling hadapan bawa perubahan
Beberapa langkah perubahan dilaksanakan dalam usaha melicinkan pentadbiran kerajaan iaitu daripada penstrukturan agensi hingga ke perubahan kedudukan pegawai atasan kerajaan.
Persetujuan pertama kerajaan baru Itali
Kerajaan baru Itali menerima persetujuan membolehkan langkah pemulihan dan rangsangan ekonomi dilakukan.