KLANG: 10 Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor (Exco) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.
Daripada 10 Exco Kerajaan Negeri di bawah gabungan perpaduan itu, tiga Exco lama dikekalkan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han (DAP), Datuk Izham Hashim (Amanah-Pandan Indah) dan Borhan Aman Shah (Keadilan-Tanjong Sepat).
Manakala tujuh muka baharu ialah bekas Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar), Mohd Najwan Halimi (Keadilan-Kota Anggerik).
Jamaliah Jamaluddin (DAP-Bandar Utama), V Papparaidu (DAP-Banting), Dr Mohammad Fahmi Ngah (Keadilan-Seri Setia) dan Anfaal Saari (Amanah-Taman Templer).
Istiadat angkat sumpah itu turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan pembesar-pembesar negeri.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Terdahulu, pelantikan Exco Kerajaan Negeri termaktub di bawah perenggan (b) Fasal (2) Perkara L111, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lepas.
Fareez Azman
Mon Aug 21 2023
Sultan Sharafuddin (duduk, tengah) berkenan bergambar dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji di Istana Alam Shah, hari ini. Foto BERNAMA
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
10 Exco Selangor angkat sumpah, tampil tujuh muka baharu
10 Ahli Majlis Kerajaan Selangor (Exco) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.