Polis kesal dengan tindakan seorang calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Petra Jaya yang menggunakan poster dengan menampilkan dirinya dalam pakaian seragam polis trafik untuk menarik sokongan pengundi.
Pegawai Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Azam Abd Hamid berkata tindakan calon itu merupakan satu tindakan yang salah dari segi etika pilihan raya.
"Polis melarang sekeras-kerasnya penyalahgunaan gambar, prasarana ataupun apa-apa berkaitan pasukan polis. Tindakan calon itu merupakan kesalahan dari segi etika seperti dinyatakan di bawah Akta Pilihanraya Seksyen 4 (A).
"Saya nasihatkan kepada calon supaya tidak membuat sesuatu seolah-olah pasukan polis bersama mereka dan menyokong mana-mana parti," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media IPK Sarawak di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Petra Jaya akan menyaksikan pertandingan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Fadillah Yusuf menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari.
Poster yang diletakkan di Bulatan Datuk Abang Kipali Bin Abang Akip menampilkan calon PKR tersebut dalam seragam polis trafik dan berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Petra Jaya.
Sementara itu Azam yang merupakan jurucakap rasmi polis Sarawak bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berkata pasukan petugas telah diwujudkan untuk memantau perkembangan aktiviti pertaruhan semasa PRU13.
"Pasukan itu akan pantau perkembangan aktiviti pertaruhan yang berlaku. Kita akan terus kumpul risikan dan minta mereka yang punyai maklumat atau didatangi sindiket pertaruhan supaya hubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.
Bernama
Fri Apr 26 2013
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Polis kesal calon PKR berkempen dalam seragam polis
Polis kesal dengan tindakan seorang calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Petra Jaya yang menggunakan poster dengan menampilkan dirinya dalam pakaian seragam polis trafik.