Parti Keadilan Rakyat dan Pas akan menyelesaikan kekeliruan berhubungan kedudukan calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh sebelum penamaan calon pada 20 April ini.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, oleh kerana kedua-dua parti sudah membuat pengumuman calon masing-masing bagi kerusi tersebut, perkara itu kini diserahkan kepada pimpinan atasan untuk menyelesaikannya.
"Oleh kerana ada dua pengumuman, sekarang jadi tugas pemimpin atasan iaitu Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali untuk menguruskannya dan mesti diselesaikan sebelum penamaan calon," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.
Kerusi DUN Sungai Acheh dijangka bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru selepas Pas mengumumkan calonnya bagi kerusi itu, sehari selepas PKR mengumumkan calonnya bagi kerusi sama.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohamad Salleh Man mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamad Yusni Md. Piah sebagai calon untuk DUN Sungai Acheh, pada Rabu malam.
Sebelum itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman pada Selasa mengumumkan parti itu akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Acheh yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Calon PKR dalam PRU-13 nanti ialah Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Beliau merupakan Ketua Cabang PKR Rembau, Negeri Sembilan dan juga pengerusi NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sementara itu, Badrul Hisham dalam satu kenyataan berkata, beliau "sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti" dan yakin tidak berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, Pas dan BN.
Kerusi DUN Sungai Aceh yang mempunyai majoriti pengundi Melayu terletak dalam kawasan parlimen Nibong Tebal. Kerusi DUN Sungai Acheh secara tradisinya adalah milik Pas namun diserahkan kepada PKR pada pilihan raya umum yang lalu.
Menjawab soalan wartawan, Saifuddin menjelaskan "menurut rukun rundingan kerusi", kedudukan calon parti mana yang akan bertanding ditentukan berdasarkan kepada keputusan pilihan raya umum sebelumnya.
"Kalau parti itu kalah tipis, keutamaan diberi kepada parti yang kalah dulu," katanya.
Saifuddin bagaimanapun tidak dapat menjelaskan apakah penanda aras dalam menentukan "kalah tipis" sebaliknya menyebut contoh beberapa kerusi seperti Lumut, Alor Setar dan Bukit Katil yang melibatkan perbezaan antara 100 hingga 900 undi.
"Kawasan-kawasan ini, walaupun terbuka kepada (tuntutan) mana-mana parti (untuk bertanding) tetapi konsensusnya adalah keutamaan diberikan kepada parti yang dulu bertanding tetapi kalah tipis.
"Itu masuk akal," katanya.
Dalam pilihan raya 2008, calon PKR Dr. Azhar Ahmad kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mahmud Zakarian dengan majoriti kecil 250 undi.
Sementara itu, Saifuddin turut menyifatkan isu kerusi DUN Sungai Acheh "jauh lebih kecil" berbanding kerusi yang sedang dirundingkan dalam Barisan Nasional yang melibatkan MCA.
Astro Awani
Thu Apr 11 2013

Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.

MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.

PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.

PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.

Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.

PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.

DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.

PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.