Sehari sebelum hari penamaan calon kawasan di sekitar Sandakan dipenuhi dengan bendera parti-parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di daerah itu.
Tinjauan Astro Awani mendapati sepanjang jalan masuk dari Batu Sapi sehinggalah ke bandar Sandakan dihiasi dengan bendera pelbagai parti.
Antaranya kawasan bulatan jalan raya menjadi tumpuan bagi memaparkan bendera-bendera parti bertanding.
Bendera Barisan Nasional antara bendera paling banyak kelihatan di sini diikuti bendera parti pakatan rakyat dan pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR.
Tidak ketinggalan juga bendera-bendera kelihatan di kawasan-kawasan perumahan.
Antaranya seperti perkampungan air seperti di Kampung Sim-Sim.
Selain itu, markas-markas parti juga kelihatan sedang membuat persiapan menjelang PRU13 pada 5 Mei nanti.