Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok (Rabu).
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kertas undi itu akan dihantar ke 103 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
"SPR memberi jaminan proses penghantaran dan penerimaan balik sampul kertas undi tersebut selamat...pengundi luar negara tidak perlu rasa bimbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pengundian bagi pemilih di luar negara ditetapkan pada 28 April (Ahad), masa penyerahan dan penerimaan balik sampul ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.
Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, tarikhnya sama, namun tempohnya lebih singkat iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang.
Sehubungan itu, Wan Ahmad menasihati mereka supaya mengundi di tempat sampul kertas undi diserahkan bagi mengelak sebarang masalah.
"Semua ada di sana, pegawai bertangggungjawab, saksi, petak mengundi, peralatan diperlukan, dan boleh terus memasukkan kertas undi ke dalam karung undi pos," katanya.
Wan Ahmad juga berkata pengundi boleh membawa balik kertas undi dan bertanggungjawab menghantarnya sendiri dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Jangan salahkan SPR sekiranya kertas undi itu tidak sampai ke pejabat pegawai pengurus (RO) masing-masing sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian," katanya.
Beliau berkata semua beg diplomatik yang mengandungi kertas undi itu dijangka sampai semula di Malaysia seawal-awalnya pada 29 April, dan akan dihantar terus ke pejabat SPR di seluruh negara sebelum diagihkan ke pejabat RO.
Seramai 6,360 pengundi luar negara dan 2,900 PTH akan mengundi pada PRU ke-13.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata angka itu tidak termasuk warga Malaysia di Singapura, Brunei, selatan Thailand dan Kalimatan.
Warga Malaysia di luar negara yang ramai mengundi pos pada PRU13 ini menetap di Australia, diikuti United Kingdom dan China, katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat persiapan PRU13 di Pejabat SPR negeri dan bilik gerakan PRU-13 Parlimen Rasah di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban di sini hari ini.
Abdul Aziz juga berkata pengundian awal yang membabitkan anggota polis dan tentera akan diadakan pada 30 April.
Katanya kertas undi pos dan undi awal ini akan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei.
"Kertas undi pos dan undi awal mesti dibuka pada pukul 4 petang pada 5 Mei dihadapan ejen parti. Kalau banyak sangat, kita buka awal, tapi mesti dihadapan ejen parti dan pemerhati, sama ada domestik dan antarabangsa," katanya.
Bernama
Tue Apr 23 2013
Laporan cadangan perubahan gaji minimum akan dibentang ke Kabinet - Sim
Majlis Perundingan Gaji Negara sedang menyediakan laporan kepada Kabinet mengenai cadangan perubahan gaji minimum.
Jualan EV ASEAN melonjak, Malaysia antara peneraju prestasi - Maybank Investment
Peraturan yang positif, jenama tempatan dan penembusan pengeluar kereta China akan memacu jualan yang lebih tinggi.
Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan sedang dalam perhatian doktor.
Kerajaan jangka 100,000 kenderaan asing dari Singapura daftar VEP
Kementerian Pengangkutan menjangkakan sehingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura akan mendaftar permit masuk kenderaan VEP dalam tempoh dua bulan sebelum penguatkuasaannya.
Ribuan umat Islam di tehran beri penghormatan terakhir
Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-hayya berkata ribuan umat islam di Tehran menghadiri penghormatan terakhir dan mengangkat keranda pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada Khamis.
MITI akan kemuka cadangan Belanjawan 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan cadangan Belanjawan 2025 kementerian itu secara rasmi kepada Kementerian Kewangan pada 12 Ogos, 2024.
Wartawan diserang meskipun sarung jaket media
Wartawan Al Jazeera, Ismail al-Ghoul meninggal dunia selepas ditembak di sebuah lokasi bertugas di Deir el- Balah di Gaza.
Dua beradik 'kantoi' langgan pelacur di hotel sama
Dua beradik antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika melanggan wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka Raya pada Rabu malam.
Pelan tindakan permudah jalankan perniagaan di peringkat akhir persiapan - Rafizi
Proses libat urus dengan agensi kerajaan serta syarikat swasta dan wakil industri telah selesai manakala satu rangka kerja akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Isnin depan.
ASEAN iktiraf peranan wanita dalam ekonomi - PM Kemboja
Di ASEAN, kira-kira 9.8 peratus daripada penduduk, atau lebih 60 juta individu, adalah wanita yang memiliki perniagaan, malah di Kemboja, dua pertiga dari pemilik perniagaan adalah wanita.
Gambar 'blackout' masa pengiraan undi PRU13 adalah fitnah
Sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada PRU13 lalu adalah fitnah.
SPR: Pembangkang perlu henti menabur fitnah
Pemimpin politik terutama pembangkang yang mempertikaikan proses PRU13 diminta mengemukakan bantahan mengikut saluran yang betul.
Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 -- SPR
SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada PRU14 dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.
Pilihan Raya ke-13 bakal menjelang
Ikuti tweet dan gambar pilihan sempena pengumuman tarikh penamaan calon pilihan raya dan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-13.
Keputusan SPR adakan pilihan raya serentak muktamad
Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jika pilihan raya negeri dan parlimen dibuat berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar.
Pen warna hitam bermata bulat pada PRU-13
Buat pertama kali pen mata bulat bewarna hitam akan digunakan untuk memangkah kertas undi pada pilihan raya umum kali ini.
Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara
Singapura hari ini memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.
SPR: Syarat pengundi luar negara munasabah
Syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan SPR adalah munasabah, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.