Thu Aug 01 2024
Pelan tindakan permudah jalankan perniagaan di peringkat akhir persiapan - Rafizi
Proses libat urus dengan agensi kerajaan serta syarikat swasta dan wakil industri telah selesai manakala satu rangka kerja akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Isnin depan.
AWANI Borneo [01/08/2024] - Angin kencang | Dari sisa jadi tenaga | 31 Ogos Hari Sabah
AWANI Borneo 31 Ogos 2024 bersama Assim Hassan
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
SUKMA 21: Sabah sasar bawa pulang 40 pingat emas
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri HajijI Noor berkata, beliau yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan berdasarkan prestasi dalam SUKMA KE-20 di Kuala Lumpur apabila berjaya membawa 30 pingat emas, 30 perak dan 38 gangsa
Perkhidmatan kerajaan Sarawak berteraskan digital pada 2030
Perkhidmatan kerajaan Sarawak akan berteraskan digital sepenuhnya menjelang tahun 2030
Sarawak rancang guna model insinerator Sweden
Unit Perancangan Ekonomi Sarawak diarahkan untuk menjalankan kajian membangunkan dua loji insinerator masing-masing di kawasan utara dan selatan Sarawak bagi mengurus sisa yang boleh menghasilkan tenaga.
30 rumah setinggan atas air roboh
Kira-kira 30 rumah setinggan atas air roboh di Kampung Simunul, Semporna pada Khamis dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
Kanak-kanak 11 tahun antara tiga terkorban
Seorang kanak-kanak 11 tahun antara tiga individu terkorban dalam kebakaran di Kampung Blok 5, Pitas pada awal pagi Khamis.
KPT lapor polis, tidak kompromi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius dakwaan berhubung penjualan sijil akademik daripada peringkat sekolah hingga pengajian tinggi.
Guru akan dibekal bahan terbitan National Geographic
Guru-guru di Sarawak akan dibekalkan dengan bahan-bahan pengajaran terbitan National Geographic dalam menjayakan Program Dwibahasa (DLP).
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia sebagai nilai tambah kepada bahan-bahan pengajaran asas sedia ada.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia sebagai nilai tambah kepada bahan-bahan pengajaran asas sedia ada.
Titik penyatuan rakyat berbilang kaum
Hari Sabah yang akan dirai pada 31 Ogos ini bakal menjadi titik penyatuan rakyat berbilang kaum di negeri itu.
Speaker DUN Sarawak bertemu Speaker Dewan Negara
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat susulan pelantikan Senator Dato Awang Bemee sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-21 untuk tempoh selama tiga tahun pada 22 Julai lepas.
Kerajaan jangka 100,000 kenderaan asing dari Singapura daftar VEP
Kementerian Pengangkutan menjangkakan sehingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura akan mendaftar permit masuk kenderaan VEP dalam tempoh dua bulan sebelum penguatkuasaannya.
Ribuan umat Islam di Tehran beri penghormatan terakhir
Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-hayya berkata ribuan umat islam di Tehran menghadiri penghormatan terakhir dan mengangkat keranda pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada Khamis.
MITI akan kemuka cadangan Belanjawan 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan cadangan Belanjawan 2025 kementerian itu secara rasmi kepada Kementerian Kewangan pada 12 Ogos, 2024.
Wartawan diserang meskipun sarung jaket media
Wartawan Al Jazeera, Ismail al-Ghoul meninggal dunia selepas ditembak di sebuah lokasi bertugas di Deir el- Balah di Gaza.
Dua beradik 'kantoi' langgan pelacur di hotel sama
Dua beradik antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika melanggan wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka Raya pada Rabu malam.