DUN Kuang yang terletak dalam Parlimen Selayang merupakan salah satu kampung tradisional Melayu di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Kawasan ini bakal berubah wajah menjelang 2017 terutamanya dengan siapnya projek MRT sekali gus memudahkan pergerakan penduduk dan merancakkan ekonomi setempat.
Penduduk Kuang menyaksikan sendiri perubahan di kampung berkenaan yang dahulunya sunyi kini semakin riuh akibat hasil limpahan pembangunan Kuala Lumpur.



Mereka sedar dengan pembinaan MRT akan menjadikan Kuang sebagai lokasi baru pilihan penduduk Lembah Klang untuk bermastautin dan ia perlu diimbangi dengan penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

Pemerhati sektor hartanah sebelum ini menyatakan hartanah di sekitar jajaran MRT dijangka meningkat 10 hingga 15 peratus tahun ini.

Untuk berita selanjutnya sila ikuti visual yang telah disediakan.