Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal bulan depan bakal menjadi titik tolak kepada pergerakan jentera penerangan UMNO yang lebih intensif dan ekstensif sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata buat pertama kalinya satu konvensyen khas melibatkan lebih 1,500 tenaga kanan penerangan akan diadakan pada perhimpunan agung parti itu.
Konvensyen Penerangan dan Media pada 5 Dis itu dijangka dirasmikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, katanya.
"Ini akan diadakan di sebelah pagi dan akan berakhir di sebelah petang dengan taklimat Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Taklimat ini akan melibatkan lebih ramai tenaga akar umbi pemimpin biro politik dan sebagainya, dikira hampir 4,000 orang.
"Ini sebagai satu 'kick-off' dan juga untuk membentuk satu mood kesiapsiagaan dan 'winning mentality' untuk PRU akan datang," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jentera Penerangan UMNO di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Annuar berkata kesemua 133,580 ketua penerangan dan setiausaha di semua peringkat di seluruh negara telah diarah meningkatkan intensiti pergerakan jentera penerangan parti melalui pelbagai program di kawasan masing-masing.
"Mereka ini digerakkan serta-merta dan mereka bukan sahaja dikehendaki terlibat dalam ceramah... skop penerangan sudah berubah sama sekali, ada banyak lagi aktiviti lain bersifat penerangan termasuk mengadakan program secara dalam talian, perkongsian maklumat melalui pelbagai kaedah program bersifat 'engagement' dengan kelompok yang biasanya tidak hadir dalam program rasmi parti," katanya.
Selain ceramah, katanya jentera penerangan UMNO akan terus menumpukan kepada program 'Perjuangan For All' dan sehingga kini sebanyak 17 siri telah diadakan dan program dalam talian 'Anda Tanya, Kita Jawab' menerusi portal UMNO online.
Beliau berkata sebuah lagi program baharu iaitu jelajah 'Mobile LED' yang menggunakan trak diwujudkan bagi mengendalikan program dan aktiviti penerangan secara santai.
Ditanya mengenai keberkesanan program penerangan yang telah diadakan, beliau yakin orang ramai memahami penjelasan yang diberikan terutama berhubung isu yang ditimbulkan pembangkang.
"Ini kerana rakyat Malaysia rata-rata 'knowledgeable' tetapi ada juga sesetengah pihak kalau jawab apa-apa pun, tidak akan beri kesan sebab mereka dah ada tanggapan sendiri, lebih-lebih lagi pembangkang.
"Tetapi fokus kita adalah majoriti rakyat Malaysia sebab mereka ini nak tengok kebenaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017

ANNUAR berkata buat pertama kalinya satu konvensyen khas melibatkan lebih 1,500 tenaga kanan penerangan akan diadakan pada perhimpunan agung parti itu. - Gambar fail
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

SPRM bongkar sindiket bolot 22 projek RM135 juta di sebuah kementerian
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket yang disyaki membolot 22 projek bernilai RM135 juta di sebuah kementerian sejak 2017.

KDNK Malaysia berkembang 5.8 peratus pada 2017 - Moody's Analytics
Walaupun KDNK berkembang 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, kadar terpantas sejak pertengahan 2014, pertumbuhan tersebut dijangka berkurangan kepada 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2017.

Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.

Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman
Pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit.

Obses dengan Star Wars, rumah jadi pusat pertunjukan lampu warna-warni
Demam Star Wars: The Last Jedi sememangnya sedang hangat di seluruh dunia.

Perhimpunan Agung UMNO permulaan usaha penerangan lebih intensif, ekstensif
Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal bulan depan bakal menjadi titik tolak kepada pergerakan jentera penerangan UMNO yang lebih intensif dan ekstensif sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Anugerah Grammy: Memperaga gaun 'Make Amerika Great Again', penyanyi Joy Villa dipuji
Penyanyi dan penulis lirik, Joy Villa membuat kenyataan politik di Anugerah Grammy dengan memperaga gaun berwarna biru dengan slogan kempen Presiden Donald Trump, "Make America Great Again".

Sambutan Tahun Baharu Cina: 4 perkara yang anda perlu tahu
Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Bank Dunia jangka ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus pada 2017
Bank Dunia menjangka ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada 2017 dan terus berkembang sebanyak 4.5 peratus tahun depan apabila penyesuaian kepada harga tenaga rendah berjalan lancar.

Mulakan tahun baharu dengan pemikiran lebih segar - Nancy Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2017 dengan membuka lembaran pemikiran yang lebih segar.