HUAWEI sedia membangunkan sistem operasi mereka tersendiri, dinamakan HarmonyOS.
Namun, ia masih berasaskan kepada Android, dan pada masa yang sama, Huawei juga menyertakan sokongan untuk aplikasi Android pada sistem operasi mereka.
Hal ini adalah dalam usaha memudahkan pengguna beralih kepada platform mereka, tanpa risau akan kekurangan aplikasi dan sebagainya.
Setelah beberapa tahun, kini Huawei dijangka melangkah ke fasa seterusnya melalui pengenalan Huawei Mate70 kelak.
Mengikut laporan Nikkei, Mate70 akan menjadi titik tolak seterusnya Huawei untuk beralih ke sistem operasi sendiri sepenuhnya, dan bebas daripada platform Android.
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Penggunaan memori oleh sistem operasi baru ini dikatakan lebih efisien berbanding platform Android, selain turut menyokong kecerdasan buatan pada peranti.
Apa pun, kini cabaran utama adalah dalam menambah pelbagai koleksi aplikasi pada HarmonyOS.
Huawei sebelum ini telah mengumumkan yang mana HarmonyOS kini mempunyai 4,000 aplikasi yang dibangunkan khusus untuk platform berkenaan, dan bukan sekadar pertukaran aplikasi Android.
Tumpuan kini lebih diberikan untuk pembangunan aplikasi di China terlebih dahulu – dan dijangka diperluaskan ke rantau lain secara berperingkat.
Dengan pembangunan aplikasi khusus, ia menjadi setapak lagi dalam beralih sepenuhnya meninggalkan ekosistem Android – dan membentuk sistem operasi ketiga terbesar di dunia.
Perkembangan ini agak menarik untuk dilihat, memandangkan Microsoft dan BlackBerry gagal mencapai perkara berkenaan sebelum ini.
Apa pun, buat masa ini, tumpuan lebih diberikan kepada pasaran China terlebih dahulu, dan tidak diketahui lagi bilakah pasaran global akan turut menerima fokus sama bagi HarmonyOS Next.
Sama-sama kita nantikan pengenalan Mate70 kelak, dan melihat sama ada ia akan eksklusif untuk pasaran China, atau diperluaskan ke pasaran global. -Amanz
Amanz
Sat May 11 2024
![Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719030107_tbHarmonyIntelligen.jpg)
Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti
Harmony Intelligence akan ditawarkan melalui peranti keluaran Huawei, selain disertakan bersama-sama dengan pembantu maya berasaskan input suara, dinamakan Celia.
![HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
![Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716532343_tbZahidChina.jpg)
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
![Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715416413_HarmonyOSNEXT.jpg)
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
![Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714425781_HuaweiDigital.jpg)
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
![Huawei, MCMC kerjasama perkasa pemimpin bagi mengemudi sempadan teknologi Huawei, MCMC kerjasama perkasa pemimpin bagi mengemudi sempadan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712094072_MCMC.jpg)
Huawei, MCMC kerjasama perkasa pemimpin bagi mengemudi sempadan teknologi
Inisiatif itu bertujuan memperkasakan pemimpin merentas industri dan sektor awam dengan kemahiran dan pengetahuan penting mengenai transformasi digital.
![Huawei yakin kemahiran dimiliki tenaga kerja muda Johor, sedia kembang perniagaan Huawei yakin kemahiran dimiliki tenaga kerja muda Johor, sedia kembang perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709625394_TBagendaJSSEZ.jpg)
Huawei yakin kemahiran dimiliki tenaga kerja muda Johor, sedia kembang perniagaan
Gergasi teknologi China Huawei yakin dengan kemahiran yang dimiliki tenaga kerja muda Johor dan bersedia mengembangkan beberapa perniagaan lainnya.
![Huawei, MCMC jalin kerjasama bangun tenaga kerja dalam industri komunikasi dan multimedia Huawei, MCMC jalin kerjasama bangun tenaga kerja dalam industri komunikasi dan multimedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708983356_FahmiFadzil.jpg)
Huawei, MCMC jalin kerjasama bangun tenaga kerja dalam industri komunikasi dan multimedia
Huawei yakin pengalaman, kepakaran dan rangkaian mereka akan dapat menyokong objektif dan inisiatif MCMC.
![HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705465182_Huawei.jpg)
HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba
Selepas kejayaan melancarkan beberapa variasi produk berteknologi tinggi, HUAWEI umum pelancaran dua produk terbaharu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 dan MateBook D 16 2024.
![5G kedua: Huawei juga perlu lalui proses tender terbuka seperti Ericsson 5G kedua: Huawei juga perlu lalui proses tender terbuka seperti Ericsson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677738046_Huawei.jpg)
5G kedua: Huawei juga perlu lalui proses tender terbuka seperti Ericsson
Proses tender terbuka untuk rangkaian kedua 5G dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad, seperti mana sewaktu dimenangi Ericsson dahulu.