Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.
Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi Zubir Ahmad, 50.
Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DUN pada PRU 2008.
Pada PRU 2008, PKR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi. Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.
PKR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU 2008.
Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti N. Surendran pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.
Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.
Ketua Biro Perundangan PKR Kedah Gooi Hsiao Leung pula sekali lagi akan bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar setelah kalah pada 2008.
Bernama
Sun Apr 14 2013
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Dewan Rakyat: 38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah - Rafizi Dewan Rakyat: 38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720592706_tbRafiziRamliDewa.jpg)
Dewan Rakyat: 38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah - Rafizi
Rafizi berkata setakat ini bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah merekodkan sebanyak 38 peratus atau 6,937 daripada jumah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Bekas Timbalan SUK Kedah calon PKR kerusi Parlimen Langkawi
Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi.