Isu kemungkinan calon DAP tidak dapat menggunakan simbol roket dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan menyebabkan kehilangan undi untuk Barisan Nasional, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian.
Bagaimanapun katanya, kesan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada DAP yang tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mungkin terlalu teknikal untuk difahami oleh orang ramai.
Pengarah Merdeka Centre itu berkata sejauh mana isu itu akan memberi manfaat atau mendatangkan bencana kepada DAP masih sukar untuk diramalkan.
“Pada masa ini, isu ini memberikan kesan buruk kepada BN, sebab ia telah memberi persepsi yang negatif kepada kerajaan,” kata Ibrahim.
Beliau memberi contoh isu dakwat kekal yang melibatkan kos RM2.5 juta yang gagal diperkenalkan semasa pilihan raya umum 2008.
“Pada masa itu, ada pengundi yang mengundi secara protes kerana melihat isu itu sebagai satu kesilapan. Senario itu mungkin berlaku sekarang tetapi dalam skala lebih kecil,” katanya.
RoS memaklumkan kepada DAP melalui sepucuk surat pada Khamis bahawa ia tidak mengiktiraf pemegang-pemegang jawatan parti itu selepas pemilihan mereka pada 15 Disember dipertikaikan oleh ahli-ahlinya sendiri.
Kumpulan yang tidak bersetuju itu membuat aduan dan laporan kepada RoS dan perkara itu sedang disiasat.
DAP dalam reaksinya mengumumkan bahawa ia mungkin terpaksa menggunakan logo Pas dan PKR jika RoS tidak menarik balik surat itu pada hari Jumaat.
RoS dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun memaklumkan bahawa DAP masih boleh guna logonya sendiri kerana parti itu bukannya dibatalkan pendaftarannya.
DAP semalam menyampaikan dua watikah iaitu daripada parti itu sendiri dan Pas atau PKR kepada calon-calonnya yang akan dikemukakan hari ini, sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga menitiskan air mata semasa memberikan sidang media memaklumkan mengenai dilema DAP dan menyalahkan UMNO dan MCA kerana mencetuskan kontroversi ini.
Sementara itu, penganalisis politik, Khoo Kay Peng berpendapat, DAP telah berjaya meraih keuntungan politik daripada isu ini.
“RoS ada sebab untuk menyiasat (parti itu) kerana memang terdapat keraguan dalam proses pemilihan pemegang jawatan DAP dan hal ini telah dilaporkan kepada RoS oleh ahli DAP sendiri,” katanya.
Menurut Khoo, DAP sepatutnya boleh mengelakkan isu tersebut daripada sampai ke peringkat ini sekiranya ia memaklumkan kepada RoS bahawa ia akan mengadakan satu pemilihan baru.
Bagaimanapun, DAP, katanya, telah memilih jalan untuk menunjukkan bahawa parti itu telah dianiaya.
DAP mengumumkan mahu bertanding di 53 kerusi Parlimen dan 103 kerusi Dewan Undangan Negeri.
RoS memulakan siasatan ke atas DAP selepas parti itu mengumumkan ada kesilapan dalam pemilihan parti itu.
Teoh El Sen
Fri Apr 19 2013
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.