Pendakwah antarabangsa, Zakir Naik dikatakan telah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya melalui ciapan di Twitternya memaklumkan perkara itu dinyatakan sendiri oleh Zakir Naik kepadanya.
Namun, Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
“Dr Zakir Naik beritahu saya beliau setuju berdebat dengan YB Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.
“Dengan syarat, mendapat izin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, debat terbuka di tempat awam seperti stadium, disiarkan secara langsung di TV dan setiap seorang diberikan masa sejam untuk berhujah serta 30 minit untuk soalan,” tulisnya.
Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Zakir dan Ramasamy berdebat secara terbuka bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.
Ini susulan cadangan Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.
Semalam, Ramasamy dilaporkan juga meletakkan syarat untuknya berdebat dengan Zakir seperti yang dicadangkan Dr Maza namun pendakwah dari India itu perlu pulang ke negaranya terlebih dahulu bagi menghadapi dakwaan dan membersihkan namanya.
Dr Maza juga mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) malah beliau turut berkongsi gambar ADUN Perai itu yang seolah-olah memberi penghormatan kepada senapang Kalashnikov atau AK-47.
Namun beliau menafikan menyokong keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.
Sinar Harian
Mon Jul 16 2018

Pendakwah antarabangsa Zakir Naik dikatakan telah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.