Daripada 272,387 pengundi berdaftar untuk mengundi awal hanya 200,099 pengundi sahaja yang keluar mengundi pada Selasa lalu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata jumlah itu bersamaan dengan 83.88 peratus.




Daripada 272,387 pengundi berdaftar untuk mengundi awal hanya 200,099 pengundi sahaja yang keluar mengundi.


Selain itu, sebanyak 85 beg diplomatik yang mengandungi kertas-kertas undi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) dari 100 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara telah mula tiba di tanah air sejak semalam.

85 beg diplomatik yang mengandungi kertas-kertas undi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) dari 100 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara telah mula tiba di tanah air.

Beliau menambah dari jumlah tersebut, pejabat SPR dijangka akan menerima 15 lagi beg diplomatik undi pos luar negara dan pengundi tidak hadir pada hari ini.

“Sebanyak 14 beg undi itu telah tiba sebelum jam 12 tengah hari tadi manakala satu beg undi lagi akan sampai dalam jam 6 petang ini,” kata Kamaruddin kepada pemberita di Pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi.

Serentak dengan itu juga, petugas SPR akan mula mengasingkan kertas-kertas pengundian mengikut kawasan parlimen dan mula menghantar kertas-kertas pengundian itu kepada pegawai pengurus pilihan raya (RO) bermula pada malam ini atau pagi esok.

“Kita percaya ianya akan sampai ke RO yang terlibat selewat-lewatnya pada petang Sabtu dan pagi hari Ahad,” beliau berkata.

Beliau berkata demikian ketika sesi demonstrasi penggunaan dakwat kekal di Pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi.