‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’
Ibu mana yang tidak sedih mengenang dan menanti kepulangan anak bongsu yang hilang tanpa khabar berita sejak 32 hari lalu.
Pilu hati Tam Giat Hua, kerana panggilan telefon yang dijanjikan anaknya, Jee Jing Hang, 41, sebaik tiba di Beijing, jam 6.30 pagi, 8 Mac lalu masih lagi belum kedengaran.
Hanya air mata teman Giat Hua.
Setiap hari sebaik mendengar deringan telefon, Giat Hua akan resah, gelisah dan berdebar, jika panggilan itu membawa perkhabaran buruk yang akan memilukan hatinya.
Dia seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya antara 239 penumpang termasuk krew pesawat MH370 yang masih hilang.
Kini sikapnya lebih membimbangkan sehingga enggan menemui sesiapa kecuali ahli keluarganya sahaja.
Rakan bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khor berkata, Giat Hua sering bertanyakan bila anaknya akan pulang setiap kali dia datang ke rumah pasangan warga emas itu.
Atas rasa keprihatinan beliau terhadap keluarga ini, Khor sentiasa meluangkan masa untuk melawat sahabatnya lima kali seminggu bagi menguatkan semangat mereka supaya tidak terlalu bersedih atas kejadian malang menimpa keluarga tersebut.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Tan Ah Ngo, 70, berkata, adiknya murung sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kesihatannya terganggu kerana masih menunggu kepulangan anaknya itu.
Ini jelasnya kerana, masih terngiang-ngiang di telinga Giat Hua akan janji, Jing Hang yang akan menghubunginya sejurus tiba di Beijing.
Sehingga sekarang ibunya masih menunggu panggilan itu malah menganggap anak bongsunya itu mungkin terlupa untuk menelefonnya.
Giat Hua jelasnya, tidak dapat terima hakikat anaknya masih hilang dan akan menangis setiap kali mendengar nama Jing Hang disebut, mahupun melihat foto anaknya.
Astro Awani
Tue Apr 08 2014
![MH370: Ibu masih tunggu janji anak buat panggilan MH370: Ibu masih tunggu janji anak buat panggilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61396934581_295x200.jpg)
Tan Ah Ngo - Ibu saudara
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50 Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717209864_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
![Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716963054_ZahidHamidilawata.jpg)
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
![Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716894527_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
![Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716633020_BeliaMajorChina.jpg)
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
![Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692266870_TBWILLIAMLAICHINGTE.jpg)
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
![Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705114688_Taiwan.jpg)
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
![Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702540373_TBSnowfalljpg.jpg)
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
![33 maut hujan paling lebat landa Beijing 33 maut hujan paling lebat landa Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691210394_heavyrain.jpg)
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687067422_Blinken.jpg)
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.