Ahli keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370 hari ini menuntut pihak kerajaan mengeluarkan senarai barangan (cargo manifest) yang dibawa dalam ruang kargo pesawat malang itu.
Voice370, yang mewakili ahli keluarga penumpang dan anak kapal, dalam satu kenyataan yang diletakkan di laman Facebooknya berkata senarai berkenaan dikeluarkan pada 1 Mei walaupun pesawat MH370 hilang pada 8 Mac.
"Walaupun kita perlu menunggu selama dua bulan, senarai kargo yang dikeluarkan tidak lengkap," katanya.
"Satu contoh adalalah maklumat dikeluarkan pihak INMARSAT dalam satu acara UK Royal Society baru-baru ini. Mereka telah memberikan log data yang lengkap kepada pihak berkuasa, namun pihak berkuasa mendedahkan beberapa maklumat sahaja dan yang lain dirahsiakan,” kata Voice370.
Kumpulan berkenaan menuntut agar pihak kerajaan dapat mendedahkan maklumat yang lengkap.
"Kita hanya tahu bahawa terdapat 4,566kg manggis dihantar oleh Poh Seng Kian dan bateri lithium."
Tambah mereka, barang-barang milik NNR Logistic seberat 2,453kg termasuk 221kg bateri lithium-ion.
Baki 2,232kg itu hanya dinyatakan sebagai aksesori radio dan pengecas. Menurut laporan berita, ia mungkin barangan milik Motorola.
Dari laporan siasatan awal MH370, Voice370 berkata ia boleh disimpulkan bahawa penghantar lain turut mempunyai konsainan udara: Kerry Logistics (2,250kg), Kintetsu Express (646kg), Panalpina (26 + 6 kg) dan Malaysia Express (6kg).
Voice370 menuntut kerajaan untuk menyediakan kandungan dan kuantiti yang terperinci dalam setiap konsainan udara di dalam kargo itu.
Kumpulan itu juga mahu maklumat bagaimana barang-barang di ruang kargo dibawa masuk.
"Pada ketika ini, kami percaya maklumat ini tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi dan mengubah nasib pesawat ini dan mengembalikan orang yang kita sayangi.
“Oleh itu kami percaya tindakan pihak berkuasa tidak menyiarkan maklumat adalah tidak berasas kecuali ia adalah satu konspirasi untuk menyembunyikan maklumat daripada orang ramai,” tambah kumpulan itu.
Astro Awani
Thu Oct 23 2014

'Cargo manifest' yang dikeluarkan pada 1 Mei tidak lengkap, dakwa ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. -Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Ahli keluarga MH370 mahu senarai lengkap kargo
Kumpulan Voice370 berkata pihak INMARSAT telah mengeluarkan data lengkap namun pihak kerajaan mendedahkan beberapa maklumat sahaja.