Kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6), yang menyertai misi bantuan logistik bagi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi sejak 8 Mac lepas, selamat kembali ke tanah air.
Kepulangan kapal itu disambut Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli serta anggota keluarga anak kapal di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut di sini, pada 9 pagi tadi.
Pegawai pemerintah BM6 Komander J. Kuharaj berkata selain faktor keluasan dan kedalaman, keadaan cuaca yang tidak menentu serta ombak ganas antara cabaran paling getir yang dihadapi anak kapal.
"Kami sedar cabaran yang ditempuh. Namun, bagi saya dan anak kapal, semua cabaran itu harus dihadapi kerana tugas utama kami adalah mencari pesawat MH370 dalam apa jua keadaan," katanya ketika ditemui pemberita di jeti berkenaan hari ini.
Beliau tidak menafikan beberapa anggota anak kapal BM6 kurang bersemangat apabila berdepan pelbagai cabaran pada peringkat awal operasi, namun selepas beberapa hari, semangat mereka kembali pulih dengan moral yang tinggi demi negara dan meneruskan misi bantuan itu.
BM6 diketuai oleh Kuharaj dengan 25 anak kapal terdiri petugas syarikat perkapalan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang diserap ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).
Turut serta dalam misi bantuan berkenaan adalah seorang anggota dan pegawai perubatan daripada pasukan Tentera Darat.
BM6 merupakan kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan antarabangsa dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu.
Kapal sokongan itu yang memulakan pelayaran pada 16 April lepas dan selesai menjalani misi bantuan selama 134 hari.
Operasi BM6 dikendalikan sepenuhnya oleh PSSTLDM melalui perkongsian strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi awam dalam kejadian yang melibatkan kepentingan negara.
Pendekatan ini memberi pendedahan yang amat berguna kepada anggota PSSTLDM dalam melaksanakan misi bantuan berkenaan.
Pengoperasian BM6 dalam misi bantuan berkenaan merupakan penugasan penting dalam mendokong konsep pertahanan menyeluruh sejak BM6 ditransformasikan sebagai kapal Auxiliary TLDM.
Selain BM6, KD Lekiu antara kapal TLDM yang turut berada di selatan Lautan Hindi bagi tujuan pencarian pesawat MH370.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Tue Aug 26 2014
Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli menyambut ketibaan anak-anak kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam (BM6) yang selamat tiba di Pangkalan TLDM, Lumut - Foto Bernama
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.