Program tahun ini menampilkan 20 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) e-dagang cemerlang Malaysia, setiap satunya mempersembahkan penyelesaian inovatif dan berteraskan teknologi runcit yang dibangunkan dalam tempoh empat bulan program pemecut tersebut.
Hari Demo Akhir ECX 2024 mengiktiraf 10 Pemenang Teratas, yang mana setiap satunya diraikan atas inovasi, kebolehskalaan, dan potensi mereka untuk memacu transformasi dalam landskap e-dagang dan teknologi runcit Malaysia.
Mereka adalah:
WELLNESS COSMETOLOGY ALLIANCE LAB SDN BHD
NASI LEMAK NALE SDN BHD
OMINENT SDN BHD
EARTHEORIES SDN BHD
GELATOMIO PRODUCTION SDN BHD
SAUDAGAAR ASIA SDN. BHD.
KIMYRA INTERNATIONAL SDN BHD
NATUGEE SDN BHD
MCCKT VENTURES SDN BHD
NAZA BEYOND VENTURES
Di samping hadiah wang tunai, para pemenang juga menerima peluang-peluang eksklusif, termasuk perjalanan perniagaan luar negara ke ibu pejabat ByteDance di Shanghai, China, dengan kolaborasi dengan TikTok Shop.
Pengalaman unik ini menawarkan pendedahan antarabangsa yang sangat bernilai, menyediakan para pemenang dengan pandangan ke dalam trend e-dagang global dan peluang-peluang rangkaian di pejabat-pejabat terkemuka ByteDance.
Ini selaras dengan visi Sidec untuk meletakkan Selangor sebagai peneraju hab digital dan keusahawanan di Asia Tenggara.
“Hari Demo Akhir ECX 2024 menjadi contoh kepada dedikasi Selangor untuk menyokong inovasi dalam teknologi runcit dan perdagangan digital, di mana para peserta menjelmakan ketahanan, kreativiti, dan set pemikiran yang ke hadapan, yang diperlukan untuk memacu ekonomi Malaysia ke depan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping.
ECX 2024 direka khusus untuk memperkasa 50 PKS yang disenarai pendek dengan kemahiran dan wawasan diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
Menerusi bengkel-bengkel dipimpin pakar, lawatan industri, rangkaian CXO, dan bimbingan secara ‘one-on-one’, para peserta menerima latihan secara ‘hands-on’ dalam transformasi digital, strategi pertumbuhan, dan aplikasi teknologi runcit.
Ia menjadi komitmen program tersebut untuk mempersiap para usahawan dengan pengetahuan menyeluruh merentas pelbagai sektor, termasuk Makanan & Minuman, Kehidupan Rumah, Fesyen & Gaya Hidup, serta Kesihatan & Kecantikan.
Sepanjang empat bulan tempoh ECX 2024, peserta menempuh program intensif yang direka untuk meningkatkan keupayaan perniagaan mereka dalam landskap digital serta teknologi runcit.
Mereka terlibat dalam bengkel-bengkel dipimpin pakar merangkumi transformasi digital, stategi-strategi pertumbuhan yang lebih ke hadapan, dan penjenamaan, semuanya disesuaikan untuk pasaran e-dagang moden.
Peserta juga memperoleh manfaat daripada sesi-sesi tunjuk ajar diperibadikan, di mana para peneraju industri menawarkan panduan tentang menyaring model bisnes dan strategi.
Program ini turut merangkumi lawatan-lawatan industri, acara-acara rangkaian dengan para CXO, serta klinik ‘pitching’ untuk menggilap kemahiran membentang mereka.
Barisan panel hakim yang dihormati, yang memainkan peranan penting dalam menilai pembentangan, merangkumi para pemimpin industri seperti:
Subash Palaniappan, Pengasas & CEO Unstructured
Sam Shafie, Pengasas & CEO pitchIN
Vykintas Mineikis, Pengarah Kanan Operasi Serantau Kumpulan Zalora
Low Ngai Yuen, Ketua Barang Dagangan & Pemasaran Kumpulan AEON
Ng Sai Kit, Pengasas & Rakan Kongsi Pengurusan Artem Ventures
Venon Tian, COO Zus Coffee
Program ECX 2024 berjaya membina platform untuk syarikat-syarikat pemula dan PKS untuk meraih akses pasaran, pendedahan jenama, dan minat pelabur, menyediakan sumber untuk menskala dan bersaing dalam ruang pasaran digital.
Antaranya kelebihan eksklusif seperti perkhidmatan awan dari Amazon Web Services dan Microsoft Azure, yang merangkumi akses kepada model-model AI seperti GPT-4 dan Llama 2 oleh OpenAI.
Melalui inisiatif seperti ECX dan Program Pemecut Selangor (SAP), Sidec terus meletakkan Selangor sebagai hab untuk transformasi digital, pembangunan bakat dan inovasi.
Dengan memupuk usahawan tempatan dan menyediakan sumber kritikal kepada mereka, Sidec membayangkan masa depan di mana syarikat pemula Malaysia menjadi pemain utama dalam ekonomi digital Asia Tenggara.