Beberapa lagi keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diterbangkan ke Amsterdam untuk proses mengenal pasti dan pengecaman mayat selain menguruskan barangan milik mangsa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka merupakan antara waris jenazah yang telahpun dikenal pasti identitinya oleh Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 dan dijadual dibawa balik ke tanah air pada Selasa depan.
"Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja Amsterdam mengesahkan siapa yang akan dibawa balik, pada masa itulah baru kita maklumkan kepada waris.
"Kita tidak berani maklumkan lebih awal kerana ia melibatkan sensitiviti keluarga mangsa. Jika telah disahkan identiti jenazah itu, barulah warisnya dibawa ke Amsterdam untuk menguruskan barang dan kenal pasti mayat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Paya Besar di sini hari ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan lima jenazah dan empat abu mayat mangsa tragedi MH17 akan tiba di tanah air dari Amsterdam, jam 8.30 pagi, Selasa ini.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh ketika di Donetsk, Timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sejumlah 43 individu termasuk 15 anak kapal merupakan rakyat Malaysia -- Bernama
Bernama
Sat Aug 30 2014
ROHANI: Mereka merupakan antara waris jenazah yang telahpun dikenal pasti identitinya oleh Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 - Gambar Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.