Hasrat seorang bapa untuk menyatukan anak bersama ibu dan emak saudara yang telah pergi, akhirnya tercapai apabila abu mayat Benjamin Lee Jian Han, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Meskipun diselubungi kesedihan, bapa kepada Jian Han iaitu Lt Komander Lee Vee Weng, masih mampu bersikap tenang di saat mengusung kendi berisi abu mayat mendiang anak lelaki tunggalnya sebaik sahaja tiba di Pusat Xiao En Bereavement di sini, pada pukul 9.40 pagi tadi.
Vee Weng, yang juga suami kepada mangsa nahas Ng Shi Ing, 33, melahirkan rasa penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya membawa pulang kesemua abu mayat mendiang ketiga-tiga anggota keluarganya, termasuk adik iparnya Elizabeth Ng Lye Ti, 30.
"Hasrat saya hanya membawa mereka pulang, terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak), Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) di atas usaha membawa mereka pulang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Xiao En Bereavement di sini, hari ini.
Vee Weng, yang juga pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kota Kinabalu, Sabah turut merakamkan penghargaan kepada Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar serta timbalannya, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Korporat Bahagian Operasi, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapten Chan Peng Cheong berkata pihaknya sentiasa memberikan semangat moral kepada keluarga Vee Weng dalam menghadapi saat-saat duka ini.
"Kami berharap Lee (Vee Weng) terus tabah dan memberi fokus terhadap masa depannya sambil bersama-sama TLDM menjaga keamanan negara, " katanya yang turut bersimpati dan sedih memikir nasib mangsa pesawat malang itu.
Shi Ing bertugas sebagai pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Jian Han yang berusia setahun dibawa oleh ibunya menghadiri suatu persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum mereka berdua dijadualkan pulang bersama-sama emak saudaranya, Lye Ti dengan menaiki pesawat malang itu.
Abu mendiang Jian Han yang tiba bersama-sama dengan seorang lagi mangsa nahas iaitu Tambi Jiee pada hari ini, menjadikan sejumlah 35 mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.
Bernama
Tue Sep 09 2014
Abu mayat Benjamin Lee Jian Han dibawa keluarganya. Gambar oleh SHAHIR OMAR
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Abu mayat anak kecil akhirnya bersama ibu dan emak saudaranya
Hasrat seorang bapa untuk menyatukan anak bersama ibu dan emak saudara yang telah pergi akhirnya tercapai apabila abu mayat Benjamin Lee Jian Han dibawa pulang ke tanah air hari ini.