LABUAN: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.
"Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada kira-kira 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah di sini hari ini, Dr Zulkifli berkata Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dari agama Islam.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam," katanya.
Januari lepas Nur Sajat tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lepas.
Sementara itu Dr Zulkifli berkata tahun lepas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengumpul zakat berjumlah RM758 juta, berbanding RM688 juta pada tahun sebelumnya.
"Kutipan zakat meningkat 11 peratus dan ini akan membantu MAIWP mempelbagai skim bantuannya kepada kumpulan asnaf," katanya dan menambah jumlah kutipan itu meningkat disebabkan pertumbuhan ekonomi negara yang baik.
Beliau berkata antara skim bantuan yang ditawarkan MAIWP adalah sumbangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan Al-Gharimin, bantuan Ibnu Sabil, bantuan perubatan, bantuan peralatan sekolah, di samping skim bantuan perkahwinan, persediaan untuk pendidikan ke peringkat tingi, bantuan kepada agensi kebajikan serta aktiviti perniagaan dan pertanian.
Menurutnya tahun ini Baitulmal-MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM20 juta khusus untuk memberi pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf di pulau ini yang terjejas pendapatan mereka susulan meletusnya pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
JAIS arah tangguh ceramah Ustaz Don
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal untuk mengajar, memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.
Tahfiz persendirian perlu daftar dengan JAIS untuk sertai program pemutihan - Exco
Mohammad Fahmi berkata skop pemutihan itu akan hanya melibatkan ITP yang telah dibina dan beroperasi hingga 31 Dis 2023.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Butik TAPAi ketengah produk batik sentuhan OKU
Butik TAPAi, di Wakaf Tapai di sini membuka peluang kepada tujuh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengasah bakat mereka dalam menghasilkan produk batik.
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah
Ia bagi mengharapkan bantuan Allah agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan Baitulmuqaddis.
Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Mahkamah benar rayuan JAIS, penahanan 'Rasul Melayu' sah
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan JAIS, mendapati Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah itu adalah tidak batal.
Dakwaan ceramah politik di masjid, Fahmi sedia beri kerjasama kepada JAIS
Beliau mendakwa dijemput ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.