Zoo Negara Malaysia dengan kerjasama Perikatan Pemuliharaan Malaysia bagi Harimau (MYCAT) akan menganjurkan program 'Harimau Malaya Selamanya' bermula 24 Disember ini.

Zoo Negara dalam satu kenyataan berkata program sehingga 1 Januari tahun hadapan itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang status ancaman hidupan liar khususnya Harimau Malaya di hutan Malaysia.

"Program ini dapat menyuntik pemahaman orang ramai mengenai pelbagai isu berkaitan pemuliharaan harimau dan hidupan liar serta menanam rasa cintakan khazanah alam semulajadi," menurut kenyataan itu.

Antara tarikan utama pada program itu ialah pameran poster dan barang rampasan daripada kegiatan pemburuan dan perdagangan hidupan liar dan pengunjung boleh bekerjasama berkongsi maklumat dalam membanteras kegiatan ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau emel kepada pr@zoonegaramalaysia.my.