Daerah Rembau di Negeri Sembilan, yang juga antara 30 Zon Merah COVID-19, menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari Isnin

Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan Zon Merah COVID-19 di seluruh negara turut kekal dengan 30 daerah.

Data itu juga menunjukkan bilangan lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif lebih 40, menurun kepada 13 daerah semalam, berbanding 17 daerah pada Ahad.

Daerah terlibat ialah Petaling, Hulu Langat, dan Klang, Selangor; Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur; Melaka Tengah, Melaka; dan Seremban, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Johor Bharu dan Kluang, Johor serta Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak.

Sementara itu, tujuh Zon Merah dengan kes aktif antara 21 hingga 40 melibatkan Gombak, Selangor; Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Jasin, Melaka; Kulai dan Muar, Johor; dan Tawau di Sabah.

Sebanyak sembilan Zon Merah pula merekodkan kes aktif 1 hingga 20 iaitu Kota Bharu, Kelantan; Hilir Perak dan Kinta, Perak; Sepang dan Hulu Selangor, Selangor; Batu Pahat, Johor; Jerantut, Pahang; serta Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (21-40 kes), Zon Kuning (1-20 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 1,345 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif seluruh Malaysia:
Negeri/DaerahKesKes Aktif
Perak
Hilir Perak652
Kinta947
Selangor
Sepang7117
Petaling374111
Hulu Langat446106
Gombak14433
Klang17368
Hulu Selangor507
Kuala Lumpur
Cheras8539
Kepong15984
Lembah Pantai629343
Titiwangsa13457
Putrajaya7733
Negeri Sembilan
Seremban307113
Rembau530
Melaka
Jasin6842
Melaka Tengah8865
Pahang
Kuantan12173
Jerantut7211
Johor
Batu Pahat5313
Kluang22286
Johor Bharu19372
Muar4824
Kulai4523
Kelantan
Kota Bharu906
Sarawak
Kuching264221
Kota Samarahan6255
Sabah
Tawau8033
Kota Kinabalu4417
Lahad Datu4210
JUMLAH4,3531,771




-- BERNAMA